Dec 1, 2014

Pengantin hujung November



 29 November lepas saya berpeluang menjayakan perkahwinan serentak dua beradik.  Ini yang pertama kalinya bagi saya mengendalikan pasangan yang mahu bersanding sekali.  Gambar di atas adalah gambar si kakak.  Di bawah ini pula gambar si adik.  Kedua-duanya sama cantik setelah ditatarias.



Mereka berdua memilih pelamin tanpa kerusi.  Mereka mahukan mekap yang ringkas dan mini pelamin sahaja.  Manakala kedua-dua bilik turut dihiasi dengan tema warna yang berbeza.


Meja makan beradap untuk dua pasangan mempelai.  Kombinasi biru putih dan kuning yang amat memukau. Idea kreatif Ratu Balqis Bridal.


No comments:

Post a Comment