Dec 16, 2014

Bab 11 ISTERI DAMBAAN DIA


Zamri menemani Rifqi ke kedai menjual motosikal.  Rifqi hanya mahu membeli motosikal untuk memudahkan dia ke sana ke mari.  Baginya memiliki motosikal pun sudah memadai.  Bagus betul Rifqi ni.

“Qi, dah tiga bulan kau kerja di Sirna Jaya takkan nak pakai motosikal saja?”

“Ok apa dari tak ada kenderaan langsung. Tak mahu aku asyik tumpang kau.”

“Ala kalau setakat nak ambil produa Myvi atau Kenari. Kau mampu apa,” provok Zamri.  Pada pendapat dia memiliki kenderaan bertayar empat lagi efisien.

“Aku malas nak fikirkan payment bulan-bulan.” Rifqi pula tidak mahu terbeban dengan hutang yang perlu dijelaskan kepada pihak bank.

“Tak mahal lebih kurang RM500 ratus saja sebulan. Dengan gaji kau sekarang confirm kau tidak bermasalah untuk membayarnya.”

“Aku beli motosikal lagi senang. Bayar tunai tak perlu fikirkan installment. Tak adanya pening kepala.”

“Tak payahlah Qi. Susah kau nak pergi dating dengan Cik Nediesha nanti.” Kaitkan dengan Cik Nediesha lah pulak.  Umpan yang boombastik untuk pancing sahabatnya itu.  Hehe…

“Mangkuk kau Zam. Aku nak beli motor ke kereta ke tak ada kaitan dengan dialah.” Cepat saja Rifqi tepis dakwaan sahabatnya.  Lagipun hal dia mahu beli kenderaan ini benar tiada bersangkutan dengan gadis itu.  Nediesha memandu kereta mewah tidak tertandinglah dengan dia yang hanya mampu membeli kereta kecil sahaja.

“Dah…dah….mari aku bawa kau ke pusat Produa. Settle prosedur beli kereta hari ni juga. Buat cepat, cepat juga bank luluskan nanti.”

Sorry ya tauke,” sempat Rifqi meminta maaf pada pemilik kedai motosikal itu sebelum mengikut Zamri.  Ikut sajalah saranan sahabat.

Selesai urusan di Produa Zamri dan Rifqi singgah di gerai untuk menghilangkan dahaga.  Mereka berbual-bual kosong sebelum handphone Rifqi rancak mengeluarkan irama.

Rifqi hanya memandang sekilas skrin telefon bimbitnya.  Dia letakkan atas meja dan membiarkan deringan itu mati sendiri.

Terintai-intai Zamri gerangan siapa yang membuat panggilan sehingga tidak dihiraukan teman baiknya itu.  “Kenapa kau tak angkat Qi?”

“Biarlah. Nanti dia dah bosan dia senyap sendiri.”

“Siapa? Cik Nediesha?” teka Zamri.

“Siapa lagi yang suka ganggu aku kalau bukan dia.”

“Kau betul tak nak terima dia? Aku tak percayalah kalau sekelumit pun perasaan kau tak ada untuk dia.”

“Entahlah Zam. Rumit hal kami ni. Untuk apa aku menerima huluran cinta dia sedangkan aku tahu yang kami mustahil untuk hidup bersama. Lagipun kau tahu tujuan aku datang ke sini. Aku nak bekerja bukannya mengejar cinta anak orang kaya.”

“Apa kata kau bagitahu dia yang kau telah ada tunangan di kampung. Cakaplah nak kahwin hujung tahun ni ke…..” Zamri ajar sahabatnya berbohong pula.

“Menipu tu namanya Zam. Aku lukakan hati dia nanti.”  Takut sangat hati Nediesha terguris kerana dia.

“Kesah pula kau pasal hati dia. Itu saja caranya Qi supaya dia boleh lupakan kau.”

“Tengoklah macam mana. Selagi aku boleh mengelak, aku cuba untuk terus mengelak. Jika dah tak ada cara terpaksalah aku guna idea kau tu.”

“Aku tahu kenapa kau berat untuk katakannya. Sebab kau juga sayangkan dia kan?” Tebak Zamri.

“Aku tak nak tipu kau Zam. Aku tak mahu nafikan kenyataan itu. Memang aku ada hati juga pada dia tapi biarlah dia tak tahu.”

“Biar aku tolong bagitahu dia,” aju Zamri.  Mahu menjawat jawatan baru Zamri ni.  Posmen tidak dilantik.

Rifqi buat kening double jerk. “Bagitahu apa?”

“Aduh! Bagitahu yang kau pun sukakan dialah….”

“Apa samdol lah kau ni. Itu bukan menolong namanya. Kau keruhkan lagi keadaan adalah.”

Zamri ketawa. “Haha gurau aje bro. Don’t worry kau boleh percayakan aku.”






Rifqi hempas badan ke tilam.  Telefon ditekapkan ke telinga.  Dia membuat panggilan kepada ibunya di kampung melalui nombor Rafiq.

“Hello Fiq. Bagi phone pada mak jap,” arah Rifqi sebaik panggilannya bersambut.

Orait tapi mak kat dapur.”

Telefon bertukar tangan. Ceria saja wajah Mak Miah apabila diberitahu Rafiq yang Rifqi mahu bercakap dengannya.

“Assalamualaikum.” Suara sarat kerinduan ibunya bergema.

Tenang mendengarkan suara wanita yang telah melahirkannya ke dunia ini. Salam dijawab cepat serta disapa khabar. “Waalaikumussalam. Mak sihat?”

“Sihat. Qi pula?” Giliran Mak Miah pula menanyakan khabar anak yang telah jauh di mata.

“Alhamdulillah mak. Qi baik-baik saja. Ni Qi nak habaq kat mak berita baik ni.”

“Apa dia tu? Nak bawa balik calon menantu untuk mak ka?” usik ibunya di balik talian.

Berdekah-dekah Rifqi ketawa mendengarkan usikan ibunya.  Maknya ni macam tahu-tahu ada orang sukakan dia. “Tak adalah mak. Jauh menyimpang tu. Qi nak habaq yang Qi dah beli kereta. Insya-Allah dua minggu lagi boleh bawa keluar lah.”

“Qi beli kereta apa?”

“Produa Myvi saja mak.”

“Tak apalah kereta apa pun. Senang Qi nak bergerak kat bandar tu.”

“Nanti Qi bawa balik kereta tu, Qi bawa mak dan adik-adik pusing satu kampung. Lepas tu Qi bawa mak pi pekan beli baju baru.”

“Tak payah susah-susah Qi.....” tolak Mak Miah. “Hang tu kena simpan duit, nanti nak kahwin senang.”

“Mak ni asyik cakap pasal kahwin. Mak teringin sangat ka nak bermenantu?” duga Rifqi dengan sengihan yang tak dapat dilihat ibunya.

“Mestilah. Qi ada ka berkenan kat sapa-sapa di bandar tu?” Mak Miah cuba mengorek rahsia hati anak bujangnya.

“Mak…mak…orang macam Qi ni layak ka nak berkenan kat perempuan kota ni?”

“Janganlah merendah diri. Anak mak kan segak macam pelakon Indonesia.”

“Aduh mak ni. Ada-ada saja. Oklah mak nanti Qi telefon lagi. Selamat malam mak….”

“Selamat malam nak….” Perbualan antara mereka tamat. 

Rifqi menggeleng kepala teringatkan kata-kata ibunya.  Lucu pula apabila dikatakan dia ada rupa pelakon Indonesia.  Hai siapalah pelakon yang mak maksudkan tu.  Mahu juga dia tengok gerangan pelanduk dua serupanya itu.  Ngehngeh….






Selesai bermesyuarat dengan kakitangan di bahagian kewangan Nediesha hala langkah ke bilik Datuk Rosli. 

Pintu bilik bapanya ditolak.  Separuh badannya dibawa masuk. “Daddy sibuk?”

Wajah anak bongsunya yang terjengul itu dipandang.  Kaca mata yang melorot pada batang hidung diangkat naik sedikit.  “Taklah. Come Diesha and sit down here.”

Nediesha mendekati Datuk Rosli.  Dihenyakkan diri pada pinggir kerusi roda lima yang diduduki bapanya.  Tangan dililit manja pada leher lelaki kesayangannya itu.“Daddy…..Diesha nak tanya daddy sesuatu.”
            
Hem manja ada makna rupanya.  Tetapi dia tidak kisah.  Bibirnya belum lokek untuk titipkan jawapan buat anak kesayangan. “Tanyalah sayang daddy bersedia untuk jawab.”

Serba-salah namun Nediesha perlu beranikan diri untuk kemukakan soalan itu.  Dia mahu tahu pandangan bapanya. “Daddy tak kesah bermenantukan orang miskin?”

Datuk Rosli menanggalkan kaca matanya.  Diletakkan kembar matanya itu di sudut meja. Nampak dahinya mula berlapis mendengarkan soalan anak perempuannya itu. “Mengapa tiba-tiba Diesha tanya daddy macam tu?”

“Saja Diesha nak tahu. Kebarangkalian di masa hadapan kita tak tahu. Means jodoh Diesha dengan orang biasa ke……”

Ada sedikit senyuman tergaris di bibir Datuk Rosli. “Diesha dah rasa nak kahwin ke?”

Daddy…kahwin semua orang nak. Diesha pun tak terkecuali. Sebab tu Diesha nak tanya pendapat peribadi daddy dalam hal pilih menantu ni.”

“Diesha….daddy dulu pun lelaki biasa. Bukan orang senang. Jadi tiada sebab daddy nak memilih siapa untuk jadi menantu daddy.”

“Baguslah kalau begitu. Tapi……tentu mama bukan seperti daddy kan…….” Panjang intonasi dan di hujungnya ada ritma resah.

“Ai lain macam daddy dengar tu. Apa Diesha sudah punya pilihan sendiri?”

Nediesha berjeda.  Senyap tanpa sebarang reaksi. Hati memberi isyarat supaya bibir dikunci dahulu.  Belum masanya untuk dihebahkan asmara yang bermukim di jiwa.  Kemam bibirnya yang bersalut lipstik keluaran Sirna sebelum meminta diri. “Tak apalah daddy Diesha keluar dulu.”

“Diesha bagitahulah daddy. Jangan bimbang daddy tak akan beritahu mama.” Datuk Rosli memberikan jaminan.  Dia tahu Nediesha ingin katakan sesuatu berkaitan soalannya tadi.

Nediesha peluk bahu Datuk Rosli.  Sengaja berbisik walhal bukan ada orang lain di kamar mewah bapanya ini.  “Diesha pasti akan beritahu daddy apabila tiba masanya nanti.”

“Janji?”

Nediesha angkat ikrar dengan tangan kanannya. “Yes, I’m promise!”






Terserempak di pantri lengan Rifqi dipegang Nediesha.  Berani sungguh Nediesha dalam meraih cinta Rifqi Ekhsan. “Rifqi saya betul-betul cintakan awak.”  Tidak malu lagi untuk mengungkap. 

Kalau dia malu, bimbang kumbang yang dia puja terbang pergi.  Meranalah dia nanti.  Hajat untuk memiliki hati si dia biarlah dilakukan dengan bersungguh.  Mengalah dan berputus asa itu bukan dirinya.

Perlahan Rifqi menarik lengannya yang dicengkam Nediesha.  Dia sudahlah berkemeja lengan pendek hari ini.  Sentuhan lembut tangan Nediesha di lengannya boleh mendebarkan dada. “Cik Nediesha lupakan saya. Saya bukan lelaki terbaik untuk cik.”

“Hanya awak yang saya cinta Rifqi. Jadi tolonglah jangan seksa hati saya.”  Nediesha merayu.  Tidak pernah dalam hidupnya begitu gilakan cinta lelaki.  Jiwanya amat terdera selagi belum mendapat balasan dari cinta yang didambakannya itu.

“Saya tak boleh cintakan cik.”  Bibir bergerak tapi mata menekur lantai.

“Kita cuba dulu…..” Nediesha masih memujuk.  Hatinya sentiasa mengharapkan Rifqi.  Jika tidak difikirkan mereka dalam pejabat mahu sahaja tubuh Rifqi dipeluk.  Tak mahu lepas lagi sehingga terdengarnya kata sayang dari bibir lelaki itu.

“Saya tidak mahu mencuba kerana saya tak ingin cik Nediesha sengsara.” Jujur dan matanya memanah tepat mata hitam Nediesha.  Berani pula dia kala itu.

Nediesha ukir senyum.  Kata-kata Rifqi itu buat jiwanya memutik bunga bahagia.  Menyusup rasa syahdu dengan bait polos itu.  Bahkan lagi tusukan mata Rifqi membuatkan hatinya yang bergelora menjadi tenang. “Fikir juga awak mengenai saya. Terima kasih Rifqi ambil berat pasal saya.”

Cakap macam tu pun minah ni kata ambil berat.  Siap hadiahkan aku senyum cantik lagi. Haish! Ting tong betul perempuan ni.  “Cik Nediesha cari lelaki yang lagi bagus dari saya ya….”

“Itu sama sekali saya tak akan pertimbangkan. Ni saya nak pesan…kalau saya call tu jangan berat tangan nak angkat ya. Lenguh saya tunggu awak jawab tau tak. Kasihani saya yang tak boleh tidur sebab rindukan awak,” rengek Nediesha manja.

Rifqi tidak mengangguk atau menggeleng.  Dia cuma menapak keluar dari pantri dengan hati yang resah.  Nampaknya Nediesha belum jemu untuk memburunya.

1 comment: