Aug 12, 2014

Hadiah Aidilfitri


Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T, novel keduaku telah terealisasi.  Novel keluaran bulan Julai ini diterbitkan oleh Aksara Aira Media Sdn. Bhd (October Love).

Saya anggap kelahiran baby kedua ini sebagai hadiah dan anugerah Syawal untuk saya.  Lahir sempena bulan mulia.  Menjadikan Aidilfitri saya begitu bermakna.

Cantik sekali cover Biasan Cinta Semalam.  Saya amat sukakannya.  Ilustrasinya begitu menarik, sesuai dengan kisah cinta yang saya tampilkan.

Harapan saya semoga naskah kedua saya ini boleh diterima oleh semua penggemar novel.  Sokongan anda semua adalah pendorong buat saya.

Gambar di bawah adalah kulit belakang novel.  Ada sinopsis yang boleh anda tatap di situ...


No comments:

Post a Comment