Jul 20, 2014

Bab 19 Biasan Cinta Semalam



              Melia membuka laman Facebook menerusi laptop di rumahnya.  Sudah dua minggu dia tidak daftar masuk.  Dia tidak aktif di laman sosial kerana sering sibuk dengan kerja.  Jarang sangat dia mempunyai masa lapang untuk bersembang di laman sosial.  Dia tidak berminat mengadap laptop atau tablet hanya untuk berfacebook.  Kerjayanya yang mencabar memerlukan dia membuat paperwork yang terbaik sebelum mewakili anak guamnya di mahkamah. 

Selepas memasukkan kata laluan laman itu terpampang di muka laptopnya.  Terdapat friend request yang masih pending, notification yang belum dibaca dan inbox message yang belum dibuka.  Rupanya Azrul yang menghantar permintaan untuk menjadi kawan.  Jumpa mamat ni cari fb aku padahal aku tak guna nama sebenar.  Begitulah lelaki kalau hendak seribu daya kalau tak hendak macam-macam alasan.  Azrul telah menghantar gambar bunga ros merah yang cantik di wallnya.  Bibirnya mengukir senyum pada bunga ros yang kaku itu.  Dia turut membaca mesej yang dihantar Azrul.

‘Andai dapat kuulang waktu dulu, aku tidak akan biarkan air matamu jatuh walau setitik kerana perbuatanku.’

Melia tidak dibuai perasaan dengan mesej itu.  Dia abaikan mesej itu dan terus membaca post-post lain di laman facebook itu.  Dia tidak berminat untuk mengemaskini statusnya atau memberi komen pada status kawan alam mayanya.  Dia sekadar membaca info yang berguna seperti kata-kata motivasi yang berunsur islamik dan kisah tauladan yang di ‘share’.

 Hatinya tiba-tiba ingin melihat gambar Azrul di profil milik lelaki itu.  Ternyata ianya boleh dilihat oleh kawan sahaja.  Hendak tak hendak dia terpaksa approve dulu request  Azrul sebelum dapat menjelajah profil lelaki itu.  Selepas itu dia mula meneliti satu persatu gambar dari album yang dimuat naik Azrul.  Terubat segala kerinduan Melia menatap gambar bekas kawan sekolahnya itu.  Jiwanya tenang menilik gambar lelaki yang pernah menjadi raja di hatinya.  Jadi doktor rupanya mamat ni.  Hebat juga.  Tak tahu pulak aku dia jadi doktor.  Bagaimana kau nak tahu Melia bertanya pun tidak asyik nak marah saja padanya.

Melalui info di profil Azrul baru dia tahu Azrul bekerja sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.  Sebelum ini tidak pula dia tanyakan Azman atau Nazira apa pekerjaan lelaki yang dianggap ego itu.  Patutlah kita tak jumpa Azrul kau belajar jauh di luar negara rupanya.  Volgorad State Medical University di Russia.  Jauh rupanya kau meninggalkan aku.  Melia membelek-belek  senarai kawan milik lelaki itu, ternyata dia belum mempunyai teman istimewa.  Ah! Benda ni bukan boleh percaya.  Takkanlah dia nak buat relationship dengan mana-mana perempuan kat sini.  Nanti jatuhlah saham kedoktorannya. 

Teringat semasa di universiti kawan-kawannya yang bercouple suka benar declare dengan status relationship di facebook.  Tergelak dia kerana baginya itu semua tidak perlu dipamerkan nanti kalau tak kahwin buat malu satu dunia.  Takkan lepas putus kena tukar status widow pula.  Ahai! 

Status lelaki itu banyak post berunsurkan islamik.  Bagus juga kau ni rupanya.  Dia merenung gambar Azrul yang segak dengan uniform doktor.  Suka dia melihat gambar itu.  Azrul sesuai menjadi seorang doktor.  Wajahnya kelihatan tenang dengan uniform putih itu.  Kalau sehensem ini doktor aku pun nak jadi pesakit.  Terlintas juga di hatinya kenapa lelaki kacak itu belum beristeri walau sudah bekerjaya tetap dalam bidang professional.

 Sepatutnya dengan pakej lengkap itu Azrul sudah mempunyai permaisuri dan anak-anak menghiasi mahligainya.  Perempuan mana yang nak lelaki ego macam dia.  Kalau pun ada yang berkenan padanya aku yakin Azrul tak layan.  Mamat tu bukan senang nak suka kat orang.  Aku yang kiut-miut time sekolah ni pun di’reject’nya. 

Em…… mengata orang aku pun sama,’ desis Melia seorang diri.  Dia menekan butang log out dari laman sosial itu.  Matanya sudah mengantuk.  Dia ingin melelapkan matanya.  Dia berharap mimpi indah akan menemani tidurnya.  Teddy bear besarnya dipeluk, dan dia lena akhirnya diulit intan.



Azrul keluh kesah memikirkan Melia.  Gadis itu tetap tidak mahu menjawab panggilan telefon dan mesejnya.  Dia buntu dalam memikirkan cara untuk melembutkan hati Melia.  Fikirannya tidak tenang selagi Melia tidak berbaik semula dengannya.  Dia berhajat untuk berjumpa Azman pada waktu makan tengahari esok.  Dia mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada Azman.  Semoga Azman dapat membantunya untuk menjalin semula hubungan dengan Melia.


Azman datang menemui Azrul di sebuah kopitiam yang berdekatan dengan pejabatnya

“Kenapa kau nak jumpa aku Rul?  Bunyi macam penting saja semalam,” tanya Azman sebaik mengambil tempat di dalam kopitiam itu.

“Minumlah dulu. Aku dah order minuman untuk kau tu.”  Azrul menolak sedikit cawan kopi kepada Azman sebagai isyarat mempelawanya minum.

“Erm…cappuccino. Bolehlah……” Lalu cawan berisi Cappucino panas itu disuakan ke bibirnya.  Azman hirup seteguk.

“Hati aku ni…..tidak tenang Man.  Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku buat supaya Melia boleh maafkan aku,” keluh Azrul.  Dia sudah bersedia membuka cerita. 

“Aku sebenarnya masih tertanya-tanya apa sebenarnya masalah kau dengan dia.  Sejak pertemuan di rumah Linda aku tengok kau beria-ia nak bercakap dan berjumpa dengan dia.  Si Melia tu pulak berlagak sombong untuk melayan kau, sedangkan zaman sekolah dulu kemain lagi korang kamceng.”

“Aku pernah buat salah pada dia dulu Man.  Masa tu kita belum matang.  Aku sendiri tak tahu apa aku cakap tapi perkara tu amat melukai dia.  Aku menyesal juga lepas tu sebab itulah aku berusaha menjejaki Melia namun tidak berjaya.  Kini peluang tu ada, Melia sudah berada di depan aku tapi dia pula yang enggan menerima aku,” cerita Azrul panjang lebar.  Kopi panas di depannya dikacau perlahan-lahan.

“Jadi korang dulu memang couple?” Soal Azman mencari kepastian.

“Taklah.  Aku tak boleh bagitahu kau secara detail Man.  Aku kena jaga perasaan Melia,” kata Azrul tidak mahu mengulas masalah sebenar antara dia dengan Melia.  “Sekarang aku cuma nak kau dan Nazira bantu aku untuk menjernihkan hubungan kami.”

“Aku boleh tolong Azrul tapi kau tahulah perempuan macam Melia tu.  Hati dia keras.  Kalau hati dia lembut dah lama agaknya berumahtangga.”

Azrul mengeluh perlahan.  “Itulah masalahnya.  Aku mana pernah bercinta jadi aku tak reti semua ni Man.”

“Menurut Nazira dia tidak mudah cair dengan lelaki.  Kalau kau nak tahu dia tu dulu nyaris berkahwin tapi tak jadi.”

Terperanjat juga Azrul dengan kata-kata kawannya itu.  Matanya sedikit terbeliak, mungkin kerana kurang percaya. “Kenapa tak jadi?  Aku tahu dia bertunang dulu tu pun kau juga yang cakap. Tapi sebab munasabab putus tunang tu aku tak tahu.”

“Tiada jodoh Rul tapi tunang dia tu memang tak berhati perut.  Last minute cakap nak putus sebab nak kahwin dengan perempuan lain.  Lepas tu kahwin pulak tarikh sama dengan majlis yang sepatutnya dia dan Melia bernikah.  Patut ke buat macam tu?  Sebagai kawan aku tumpang sedih mendengar dia putus tunang.”  Azman berasa kesal mengenangkan Haikal yang telah mengkhianati sahabat baik tunangnya itu.  Ikutkan hati dia dulu mahu dia belasah si Haikal sewel itu.  Emosi juga si Azman ni.

“Kasihan Melia.  Tak sangka gadis secantik dia ditolak begitu oleh tunangnya,” kata Azrul sayu dengan apa yang telah terjadi pada Melia.  Aku kata tunang dia, aku pun sama teruk dulu buang Melia.  Kalaulah aku tahu dia dikecewa begitu mahu saja aku yang jadi pengganti pengantin lelaki.  Tak perlu susah payah pujuk terus aku dapat jadi suami dia.

“Tulah kan.  Ish….aku pun tak faham dengan jantan tu.  Dia nak apa sebenarnya.  Melia tu bukan saja cantik tapi bekerjaya hebat pula.  Mentang-mentanglah masa tu Melia makan gaji dengan company bapa dia,” komen Azman dengan emosional.  Agaknya kalau Haikal tu depan dia dah ditempelengnya mamat tu.

“Bercinta dengan anak bos rupanya.  Habis tu pejabat dia tu sekarang memang masih under bapa bekas tunang dia lah?” Soal Azrul yang baru tahu Haikal adalah anak majikan Melia sendiri.

“Mahu perempuan keras tu terus kerja kat situ.  Sebaik jantan dayus tu buat hal dia resign terus.  Bos dia sayang kat dia sebab Melia tu peguam terbaik.  Melia dulu buat chambering kat situ lepas habis terus sambung kerja.  Dia banyak menang kes masa kat firma tu.  Ramai pelanggan sukakan khidmat dia.”

“Habis tu sekarang dia kerja dengan siapa?”

Wei Rul masa kau naik pejabat dia hari tu kau tak tengok signboard ke? Tu lah ingat nak bedah orang ajeHahaha……..” Azman ketawa mengenakan Azrul yang masih terpinga-pinga.

“Janganlah gelak kat aku.  Ok aku ingat Melia Hanafi & Co nama pejabat dia, bermakna dialah owner tapi siapa pula Hanafi?”

Partner dia.  Dah dua tahun mereka tu bekerjasama.  Nak buka pejabat guaman sendiri bukan senang bahkan Melia baru setahun jagung dalam bidang tu.  Tentulah dia memerlukan orang yang lagi pro dari dia.”

“Banyak kita borak pasal dia tapi kau tak bagi lagi cadangan pada aku.”

“Macam ni nanti aku aturkan dengan Nazira pertemuan hujung minggu ni.  Aku plan nak ke Port Dickson.  Biar Nazira bawa dia ke sana dan aku bawa kau.  Kat sana kau pura-pura lah jumpa dia.  Aku malas dengar dia marahkan Nazira pasal plan ni.”

“Beres.  Otak kau memang bernaslah Man,” puji Azrul menerima cadangan yang diutarakan Azman.  Harap-harap menjadilah plan si Azman ni.  Selepas makan di kopitiam itu mereka kembali ke tempat kerja masing-masing.


Komunikasi Nazira dan Azman di laman We Chat dengan ‘hold to talk’.
“Hah apa Man ajak Melia pergi PD?  Pasal bawa Azrul pergi makan hari tu pun dia dah muncung sedepa, ni nak ajak dia picnic kat PD pulak.  Susahlah Man……”

Terkejut juga dia dengan cadangan Azman untuk mempertemukan Melia dan Azrul di Port Dickson.  Boleh tercetus perang dingin dua sahabat andai Melia tahu dia bersubahat.  Bukan dia tak tahu angin tornado sepupunya itu.

“Cubalah sayang.  Zira tak kasihan ke tengok meraka berdua.  Dah lama dia orang tunggu saat ni.  Jadi sebagai kawan kita tolonglah sekadar termampu.  Nanti kalau mereka berdua bahagia kelak kita juga yang dihargainya,” pujuk Azman.  Dia yakin Nazira boleh bawa Melia ke Port Dickson.

“Bukan Man tak kenal si Melia tu.  Apa-apa pun yang jadi Zira juga yang mengadap dia hari-hari bukannya Man.”

Alah lepas ni kan Zira mengadap abang jePlease lah sayang.”

“Mengada.  Nanti zira cakap kat dia. Kalau dia setuju Zira ikut saja, tapi kalau dia tak nak pergi kita tetap pergi berdua ya?”

“Nanti honeymoon lah kita pergi berdua.”

Honeymoon kat Teluk Kemang tu tak ada maknanya.  Orang nak pergi Bali.”

“Amboi over nya.  Yang honeymoon kita tu…..kita boleh plan semula sayang.  Most important sekarang ni……balik karang Zira terus bagitahu Melia.  Lepas tu telefon abang balik untuk confirmation.  Boleh?”

Hanya icon senyum dalam terpaksa yang Nazira hantar di laman itu untuk mewakili persetujuan separuh relanya itu.  Manakala Azman dengan nakalnya hantar icon kartun berjoget.  Sengih aje lerr cik tunang sebelah sini biarpun hati terasa lain macam.

Adehh letih aku nak putar-belit kat lawyer tu nanti.  Dia tu memang sah-sah otak lawyer susah nak di kelentong.  Aku ni otak akaun memang lurus aje.  Kena search internet cari ayat lawyer ni baru senang aku nak berdebat dengan peguam garang kat rumah aku tu nanti. 

Azrul tu pun nak mengorat Melia asyik jadikan tunang aku orang tengah.  Kalau tunang aku pi syok kat Melia nanti kau juga yang frust.  Habis aku tak frust ke?  Eh mana boleh.  Huh! Otak doktor agaknya hanya fikir pasal pesakit.  Rawat orang pandai tetapi nak rawat buah hati tak reti.  Lastly aku yang lurus ni yang kena tolong. 

Nasib aku ada sepupu cantik macam kau Mel.  Cantik tapi hati batu.  Cuba buat hati lemah-gemalai macam aku ni mamat tak laku macam Azman tu pun nak. Heh melalut aku ni.  Siapa yang tak laku, aku ke Azman?  Hai nasib Azman berkenan  kat aku kalau tak kena pergi agensi cari jodoh gamaknya.  Mak aku kat kampung tu bising kalau umur masuk 30 tak kahwin-kahwin.  Nasib mulut mak kau tak macam mulut mak aku Melia kalau tak, terdesak kau cari bakal suami.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Melia menuruni anak tangga menuju ke tempat letak kereta di bawah pejabatnya.  Di bawah bangunan tiga tingkat itu berdiri seorang lelaki berkemeja putih dan berseluar slack hitam.
Setelah diamati Melia lelaki itu dikenalinya.
           
         “Kau buat apa tercegat depan pejabat aku?” Tanya Melia dengan geram kerana lelaki itu menahannya.  “Sebesar-besar pejabat ayah kau tu buat apa datang pejabat kecil ni.  Kalau nak buat urusan pejabat……pejabat dah tutup. Aku pun dah nak balik ni.”
           
        “Mel, please bagi I bercakap,” rayu lelaki itu.
            
         Dia ni memanglah.  Tak ada masalah cari masalah dengan aku.  Aku tak ganggu pun hidup dia kenapa dia mesti ganggu hidup aku? Aku bukannya wanita jutawan untuk dia kikis harta.  Aku bukannya terlampau cantik sehingga dia buta untuk mencari wanita lain.
           
         “Kau nak apa sebenarnya? Antara kita sekarang 0-0. Aku tak berdendam pun atas apa yang kau buat dulu.  Jadi tak ada maknanya kau cari aku sekarang,” marah Melia.
           
        “I dah sedar kesilapan I tinggalkan you dulu.  I nak minta maaf.  I amat berharap you boleh terima I  balik.  Rita bukan perempuan yang baik,” Haikal meluahkan perasaannya dengan syahdu.  Mengharapkan pengertian dari Melia.
           
       “Kau dah bercerai dengan dia tak perlu kau mengata pasal dia depan aku.  Aku dah lama maafkan kau tapi sorry kalau nak jadi macam dulu.  Lagipun aku tak cintakan kau Haikal,” bentak Melia. 
           
       Lebih-lebih dia ni…..dah bercerai sudahlah.  Baik ke jahat si Rita buat apa bagitahu aku.  Lembut ke hati aku kalau aku tahu bekas bini dia tu tak baik?  Buat apa dia nakkan aku balik, berlambak perempuan cantik kat Kuala Lumpur ni.  Tak boleh ke anggap yang aku tidak pernah wujud dalam hidup dia seperti mana dia anggap aku bukan tunang dia semasa dia berkahwin dulu.  Dasar lelaki gelap mata lagi buta hati.
            
        “Maaf Mel kalau you tak suka, I cuma nak bagitahu je.  Jom, ikut I balik jumpa anak I Batrisya,” dengan berani Haikal mengajak Melia pergi berjumpa anaknya.
            
       Senangnya dia nak ajak aku balik rumah dia.  Ingat aku ni isteri dia ke apa! “Gila agaknya kau ni Haikal.  Dah tepi aku nak balik,” bentak Melia.  Kang aku saman baru tahu dia ni.  Mengganggu ketenteraman orang saja.
           
        Melia cepat-cepat menuju ke keretannya.  Dia melolos masuk tanpa mempedulikan Haikal yang masih memandangnya.  Dia menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan lelaki yang pernah bergelar tunangannya dulu. 

Kenapalah aku ni bertunang dengan Haikal dulu? Tak pasal-pasal gagal dalam perkahwinan cari aku balik.  Samalah dengan si Azrul tu tak dapat pasangan hidup lagi sekarang pun cari aku.  Ingat aku ni banyak masa sangat agaknya nak fikir pasal dia orang.  Pasal client aku pun tak sempat aku nak fikir.  Berlambak kes yang tertangguh kat mahkamah dia orang nak tolong handle ke?

No comments:

Post a Comment