Jul 5, 2014

Bab 15 Biasan Cinta Semalam


Lagu melawan kesepian itu menyudahkan ingatan Melia tentang alam persekolahannya.  Tanpa disangka ada air hangat yang jatuh daripada tubir matanya.  Pada mulanya hanya setitik tapi lama kelamaan semakin lebat.

Azrul Khusyairi….peritnya aku menggengam kenangan antara kita.  Pedihnya aku melawan kesepian hatiku.  Hatiku yang degil tidak mahu menerima penghuni lain.  Empat tahun aku di menara gading namun tidak pernah aku menerima sesiapa.  Kerana engkau Azrul.  Kerana engkau yang telah merobek hati tulus aku.  Kerana engkau yang telah mencalarkan perasaan aku.  Kerana engkau yang tergamak menghina diri aku.  Kerana engkau yang sanggup merendahkan maruah aku……

Kadang-kadang aku benci melihat kaum sejenismu tetapi aku tidak mahu terlalu prejudis.  Cukuplah aku membekukan hati daripada menerima huluran cinta.  Sekurang-kurangnya lelaki yang pernah menabur cinta pada aku turut merasa bagaimana perasaan cinta mereka ditolak.  Cuma aku tidak tega menghina mereka seperti mana engkau yang telah menghina perasaan milik aku.

Dengan waktu yang sudah menginjak ke dinihari akhirnya perlahan-lahan Melia terlena.  Terlena dalam kenangan semalam yang amat menghiris hatinya.

Tanpa diketahui Melia, Azrul juga turut membias kenangannya bersama Melia.  Yang pasti Melia tidak pernah tahu kekesalannya.  Hanya Azman yang tahu sesal yang bermukim di hatinya sebelum dia berpindah.  Azrul yakin perbualannya bersama Azman itu tidak diketahui Melia.

Alangkah bagus jika dapat kuundurkan detik itu Mel………

Andai dapat kuundurkan putaran dunia…….
Ingin kuubah semula kata-kata…..
Dan tingkah laku ku yang salah…..
Agar kita dapat seiring……
Di mercu asmara…….

Tak ingin lagi…..dan tak mahu lagi……
Berpisah dengan bukan kerelaan hati…….
Penyesalan yang tiada kesudahan…….
Ku tersepit dalam jerat sendiri…………

Lirik lagu andai dapat kuundurkan masa dendangan kumpulan AXL’S menikam jiwa Azrul.  Lagu lama yang begitu sentimental buat Azrul.  Lagu itu pernah menjadi peneman setianya dua belas tahun lepas.

Mel….maafkan Rul.  Meskipun berat kesalahan yang Rul kendong terhadap Mel namun Rul tak akan berputus asa untuk meraih kemaafan itu.  Moga Rul diberi peluang untuk menebus semuanya…….

Perlahan-lahan Azrul terlelap.  Terlelap dalam menganyam harapan yang belum pasti.



Keesokannya……..

“Mel, kau kat mana?” Tanya Nazira sebaik Melia menjawab panggilan telefonnya.

“Aku on the way dah ni,” jawab Melia di corong telefon.

“Inii aku malas buat janji dengan kau ni. Aku dah sampai kau pula entah kat mana,” rungut Nazira.

Sorry lah aku tolong Nita angkat barang tadi.  Melia meminta maaf atas kelewatannya. “Kau dah lupa ke hari ini kau masuk rumah aku?”

“Tahu,” balas Nazira sepatah.

Excited nak pergi galeri pengantin tu dari nak duduk sekali dengan aku ya,” Melia mengusik.

“Banyak cakap kau ni, drive cepat-cepat sikit,” kata Nazira tidak mahu membalas usikan temannya itu.

“Kau pergilah minum dulu sementara tunggu aku sampai.”

“Baik bos,” Nazira mengejek kawannya itu.

Uh….perli aku lah tu.  Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” jawab Nazira dan mematikan talian.

Sebaik sahaja sampai di galeri itu Nazira sudah sedia menanti dan melambaikan tangan ke arahnya.  Melia tersenyum melihat teman suka dukanya itu.  Dia tahu Nazira begitu teruja untuk ke galeri itu memandangkan majlis dia dan Azman akan berlangsung empat bulan lagi.  Sengaja Nazira mengajak Melia menemaninya kerana dia suka dengan citarasa Melia.  Di samping itu dia mahu Melia menaruh minat terhadap barang pengantin supaya hati gadis itu terbuka untuk berkahwin suatu hari nanti.  Bohong kalau Melia menafikan yang dia tidak teruja dengan barang pengantin.  Empat tahun dulu dia pernah gembira untuk melangsungkan perkahwinan dengan bekas tunangnya Haikal walau lelaki itu tidak dicintai sepenuhnya.

Sebenarnya Melia pun terfikir ramai kawan-kawannya telah berumahtangga dan kini sahabat baiknya pula bakal mengundur diri dari dunia solo.  Hatinya turut dipagut pilu mengenangkan selepas berkahwin Nazira sudah tentu tidak punya banyak waktu untuk bersamanya lagi.

Biarlah, Nazira sudah terlalu banyak masa mengabdikan diri bersamanya.  Usia mereka berlalu begitu sahaja sedangkan teman-teman sudah menghayun buaian anak.  Ada juga orang kampung mengata tetapi mereka tidak pernah kisah kerana mereka telah berjaya dengan kerjaya masing-masing.  Terlalu awal untuk dicop andartu sedangkan angka umur belum melebihi tiga puluh tahun.
  
Nazira tidak pernah hilang saat dukanya, Nazira tidak pernah ketawa seorang diri melainkan bersamanya.  Corat-coret hidupnya hanya bersama Nazira.  Rahsia Nazira adalah rahsianya. Begitu juga dengan dirinya meletakkan tiada rahsia dengan sahabat sejatinya.  Hanya kisah sebenar dia dan Azrul tidak mampu untuk diceritakan.  Dia teramat malu menyatakan kisah cinta tidak berbalas, dia segan untuk mengatakan yang dia hanya bertepuk sebelah tangan. 

Nazira pula tidak mempunyai paras rupa secantik Melia.  Jadi dia sukar mendapat perhatian lelaki sehinggalah hubungan persahabatan dia dengan Azman membibitkan rasa cinta.  Bukannya Nazira tidak mempunyai kawan lelaki semasa di universiti dulu tetapi tiada yang serius.  Mungkin kerana bukan jodoh.  Nazira juga tidak pernah menjalinkan hubungan dengan teman sekerja. 

Lama mengenali Azman sebagai kawan, akhirnya Nazira akur jodohnya dengan teman sekampung.  Tiada disangka dia pemilik rusuk kiri Azman.  Cuma sebelum ini tidak terserlah yang mereka akan ditakdirkan bersama.

“Lambatlah kau ni.  Dah kematu kaki aku tunggu kau,” bebel Nazira.

Traffic jam.  Hari ni kan hari minggu.  Habis tu kau tercegat lagi kenapa? Jomlah masuk.”

Terkulat-kulat Nazira mengekori Melia masuk.  Sahabatnya itu nampak begitu kasual dengan blaus yang dipadankan dengan seluar jeans.  Pakailah apa saja kalau dah memang cantik tetap akan cantik.  Dari remaja lagi Melia mempunyai raut wajah yang menawan.  Jika berdua dengan Melia pasti ramai jejaka memandangnya.  Cuma Nazira hairan mengapa Melia tidak berminat untuk serius dengan mana-mana lelaki. Barangkali kerana Haikal pernah mengecewakannya.

Pelbagai jenis barangan untuk raja sehari dipamerkan di galeri itu.  Baik sekecil-kecil barang seperti kad undangan hinggalah pelamin semuanya ada.  Galeri itu turut menawarkan potongan harga sehingga 30% sempena perasmiannya.  Dalam leka Nazira memilih barangan dia tidak lupa menghubungi tunangnya untuk bertanya pendapat mengenai barang yang dipilihnya.  Melia hanya tersenyum melihat gelagat Nazira dan di hatinya juga telah menyusup rasa bahagia.

Selepas siap membeli barang-barang untuk majlis Nazira, Melia mengikut Nazira ke rumahnya untuk mengambil barang-barang Nazira untuk dipindahkan ke rumah sewanya. 

Mulai malam nanti dia mempunyai teman serumah baru tetapi pastinya juga untuk seketika kerana selepas berkahwin Nazira akan berpindah juga.  Pastinya Melia perlu mencari ‘housemate baru’.  Sebelum ini mereka pernah tinggal sebumbung tetapi selepas Melia bertukar pejabat dia berpindah kerana tidak mahu duduk terlalu jauh dengan pejabatnya.




Malam pertama Nazira di rumah Melia akhirnya Melia membuka mulut mengenai Azrul.  Dia tidak mampu lagi untuk menyembunyikan perkara sebenar dari sepupunya itu.  Selagi dia tidak berterus-terang selagi itu Nazira akan terus bertanya kerana dia tidak faham situasi sebenar.  Bahkan lagi sekarang Azrul telah muncul semula dalam lembaran hidupnya.  Dia meminta Nazira tidak memberitahu Azman kerana dia teramat malu dengan kenangan zaman sekolah itu.  Nazira begitu terkejut dengan pengakuan Melia. 

Dia tidak menyangka sekali cinta gadis secantik Melia dipersiakan begitu oleh Azrul.  Sedangkan salah seorang pelajar tingkatan enam dulu begitu sukakan Melia sehingga sanggup menunggunya berhari-hari di depan pintu pagar sekolah semata-mata untuk bercakap dengannya. 

Baginya Azrul seorang yang ego, sombong apabila gadis tercantik sekolah menyukainya.  Azrul tidak bersyukur mempunyai Melia sebagai sahabat baik.  Andai tidak suka bercinta tidak perlu Melia dimarahi begitu. 

Kadang-kadang Nazira fikir elok juga tidak bercinta semasa bersekolah, kalau tidak dia pasti keseorangan kerana Melia sudah bersuami.  Ada pulak terfikir macam tu si Nazira ni.  Mentang-mentanglah dia isi Melia kuku.  Alahai…..

Ada juga rakan sekolahnya yang berkahwin selepas SPM dan sekarang sudah berderet anak lalu menjadi suri rumah sepenuhnya.  Nazira pula tidak mahu begitu.  Sungguh dia tidak bersetuju dengan perkahwinan usia muda.

“Rupanya begitu sebenarnya cerita kau dengan Azrul.  Aku ingatkan kau dengan dia couple and then putus sebelum SPM hari tu,” tutur Nazira setelah mengetahui cerita sebenar.  Itu rupanya rahsia yang tersimpan kemas di sanubari Melia.

“Aku malu untuk bercerita pada kau Zira.  Lepas dia marah aku, aku tak tahu mana nak letak muka aku.  Apatah lagi bila maruah aku dipijaknya. Aku rasa hina sangat.  Sedih tu tak payah cakaplah memang tak dapat digambarkan perasaan aku,” luah Melia.

“Aku rasa Azrul tu rabun masa tu.  Kalau tak pun dia hilang akal sebab dah naik ke awan tinggi bila dia tahu kau cintakan dia.  Apalagi tunjuk eksyenlah kat kau. Bajet bagus sangatlah kononnya tu.”

“Merepeknya kau ni. Dia memang tak suka aku, buat apa dia nak berangan sampai naik ke langit tinggi bagai. Aku ni yang bodoh dulu Zira.”

Hish….apa barang cakap macam tu. Mel…..soal hati mana boleh buat main. Kau tak bodoh tapi dia yang tolol. Otak budak bawah umurlah katakan.”

“Habis tu kalau dia otak bawah umur,  aku otak atas umur ke masa tu?”

“Ya tak ya jugak kan. Hehe…..otak tak berkembang maksud aku.”

“Lantaklah dia otak tak berkembang ke apa. Aku kalau boleh dah tak nak ingat semua tu.  Apa orang kata yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan….”

“Yang buruk ambil eraser padam saja,” Nazira berlucu.

Wei nak eraser kalau yang pakai pensil. Habis yang  macam kes aku ni pakai pisau. Darah berhenti mengalir……luka yang masih terasa.”

“Ayat power tu Mel. Kalau luka masih terasa kau ambil plaster tampal saja. Hahaha…...” Nazira terus ketawa seolah lawaknya itu kalah jenaka Sepahtu dalam Maharaja Lawak Mega.

Melia mencebik bibir. “Masalahnya lepas taruk plaster parut tu nampak lagi.”

“Beli je ubat parut kat farmasi,” balas Nazira bersahaja. 

“Amboi dah melalut sangat kau malam ni nampaknya. Lebih baik kau pergi bilik air ambil wuduk dulu sebelum tidur. Kau tu baru pindah masuk sini.  Malam ni baru mula tidur bilik tu kan. Kau jangan Zira rumah ni keras tau,” Melia cuba menakutkan Nazira.

“Kau ingat aku ni penakut sangat ke? Takde makna kau usik aku macam tu.  Aku ni mana percaya benda tahyul,” ujar Nazira lalu menuju ke bilik air. Dia membuka lampu bilik air dan menutup pintu.  Paip air dibuka.

Ketika dia sedang mengambil wuduk Melia menutup lampu untuk mengenakan dia.  Menjerit tak cukup bumi juga minah tu kalau terkejut.  “Huhu….. tahu takut.”  

6 comments:

  1. Cinta pertama mmg ssh nk hilangkan dlm memori.. huhu

    ReplyDelete
  2. hurm... makin menarikkk...

    uji... mss dah hantar ke publisher kan???.. agak2nya n3 di blog sampai bab berapa? or only teas je lepas ni?

    love
    kak ita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dah hntr dan bakal terbit sedikit masa lagi. Mungkin uji akan up sampai bab 20 saja kut..

      Delete