Jul 5, 2014

Bab 14 Biasan Cinta Semalam


Keputusan SPM sudah pun diumumkan kelmarin. Melia yang bekerja di Pahang tidak dapat balik serta-merta kerana faktor jarak dan masa.  Sementelah lagi dia terikat dengan peraturan kerja. Namun di hatinya berkata bagus juga dia tidak terus pergi ke sekolahnya kerana dia tahu pada hari itu pasti ramai yang berada di sekolah.  Dia kalau boleh tidak mahu bertembung dengan Azrul.  Dia masih segan untuk berhadapan dengan Azrul.

Slip keputusan SPM digenggam erat.  Melia benar-benar bersyukur mendapat keputusan yang cemerlang.  9A yang dihajatinya menjadi kenyataan.  Tidak sabar rasanya ingin memaklumkan pada ibu dan abahnya.  Dia meninggalkan bilik kerani pejabat sekolahnya dengan perasaan gembira yang sukar diungkap.  Hatinya  berlagu riang, matanya sudah terbayang untuk melangkah ke gerbang matrikulasi.

“Mel……kenapa kau tak balik kelmarin? Kelmarin lagi seronok tengok result. Semua orang ada,” usul Nazira yang datang kerumahnya untuk meraikan berita gembira itu.  Nazira tewas dalam empat matapelajaran berbanding sepupunya itu.  Walaubagaimanapun dia tetap berkongsi rasa gembira dengan pencapaian Melia.  Sama sekali dia tidak cemburu kerana selama ini memang Melia pelajar harapan sekolah.

“Aku kan kat Pahang Zira, mana boleh nak balik serta-merta. Lagipun kau tahu aku kan berkerja,” jawab Melia.

“Yelah kau ni memang rajin.  Aku kat kampung ni tak pergi mana tapi kau dah buat duit,” suara Nazira seakan mengeluh.  Tiga bulan dia sunyi tanpa sepupunya itu. 

“Aku mana boleh duduk diam.  Tension tau tak.”

“Mel, kau dah tahu pasal Azrul?” Nazira membangkitkan soal Azrul kerana dia yakin Melia belum tahu akan berita itu.

“Pasal result dia ke? Mana aku tahu,” jawab Melia selamba tetapi jauh di sudut hatinya dia memang teringin hendak tahu tentang Azrul.

Hish kau ni.  Dia pun dapat 9A macam kau jugak tapi bukan tu maksud aku,” balas Nazira sambil menepuk bahu Melia.

“Habis tu cakap jelah pasal apa?” Tinggi nada suara Melia.  Tapi dalam hati dia bersyukur kerana lelaki yang pernah bertapak di hatinya itu mendapat keputusan cemerlang.  Dia menggosok bahu yang ditepuk Nazira supaya sahabatnya tidak dapat membaca riak yang tersembunyi wajahnya.

“Dia dah tak ada kat sini.  Dia sudah berpindah balik ke bandar,” beritahu Nazira dengan bersungguh sekali.  Matanya tajam memaku wajah Melia.

Argh bila?” Melia betul-betul terkejut dengan berita yang baru disampaikan Nazira.  Sera-merta berubah air mukanya.

“Lepas ambil result kelmarin.  Dia sempat datang jumpa aku suruh sampaikan salam pada kau,” ujar Nazira mengenai salam yang dikirim Azrul kepada si comel Melia.

“Waalaikumussalam.  Kenapa dia pindah?” Melia menjawab salam yang dikirim Azrul dan mengusul Nazira sebab perpindahan Azrul.  Sempat lagi mamat tu kirim salam kat aku.  Maknanya dia ingat kat aku lah?

“Katanya papa dia dapat kenaikan pangkat dan perlu berkhidmat di bandar,” jelas Nazira.

“Oh macam tu.  Tak apalah nak buat macam mana.  Adatlah kena ikut family.” Melia berkata seolah-olah dia tidak kisah langsung dengan perpindahan Azrul.  Hakikatnya bergelandangan duka dalam hatinya.

“Kau tak sedih?” Tanya Nazira bagaikan cuba menduga hati sahabatnya itu.

“Nak sedih apa?” Soal Melia cuba menyembunyikan lagi perasaannya.

“Sebab tak dapat jumpa dia lagi selepas ni,” jawab Nazira sambil merenung wajah Melia, mencari kepastian di situ.

“Dia dah lama tak ada makna bagi aku.  Aku tidak kisah samada dia ada atau tidak.  Aku cuma ada sahabat dunia akhirat macam kau je Zira,” luah Melia jujur.  Tiga bulan di Pahang sedikit sebanyak nama Azrul terkikis jua dari hatinya.
            
              Nazira tersenyum sinis. “Betul sangatlah tu.”
            
        “Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Kaulah segalanya intan payung dan penawar jiwa,” seloroh Melia tetapi dalam hatinya tiada siapa yang tahu gelojak yang melanda.



            Selepas Nazira pulang ke rumahnya Melia termenung sendirian di tangga.  Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga.  Perasaannya tidak dapat dibendung lagi.  Gerimis yang tersembunyi di depan Nazira tadi meluncur laju menuruni pipi comelnya.  Sebak dan sesak dadanya kala itu.

Dia sudah kehilangan Azrul buat selama-lamanya.  Mungkin mereka tidak akan bersua lagi di alam fana ini.  Dia dan Azrul kini sudah terpisah jauh.

Azrul pergi bersama kenangan yang pernah terlukis di kanvas remajanya.  Hatinya kini lagi parah berbanding luka ketika dicaci Azrul.  Dia merasakan satu kehilangan yang besar dalam hidupnya.  Senyuman manis Azrul, hilai tawanya, usikan nakal Azrul mula terbayang di mata hazelnya.  Segalanya kini hanya tinggal kenangan.  Aduh! Sakitnya rasa ini.

Dia akan memahatkan kenangan indah itu di perdu hatinya, walaupun dia pernah terluka dek lelaki itu.  Baginya kenangan yang sedetik itu amat bermakna untuk dikenang, yang pastinya tidak akan berulang lagi.

Mereka akan meneruskan perjalanan hidup mereka yang masih panjang, yang masih jauh untuk menggapai impian.  Jika dulu mereka pernah bermimipi untuk bersama-sama ke menara gading, tetapi itu telah menjadi imaginasi.  Ke mana Azrul akan melanjutkan pelajaran Melia tidak akan tahu kerana jarak beribu batu telah memisahkan mereka.  Melia tidak tahu di mana Azrul dan keluarganya tinggal. 

Hanya takdir yang akan menemukan mereka kembali andai itu yang tertulis di Luh Mahfuz.  Melia perlahan-lahan menyeka air mata yang yang merembes di pipinya.  Dia tidak mahu menangis lagi.  Dia ingin membuka buku baru dalam meneruskan kembara hidupnya.

Mengapa aku perlu menangis selepas aku tahu dia telah pergi jauh?  Bukankah aku telah membenci dirinya?  Telah aku ungkapkan seribu tahun pun dia tidak ingin ditemui. Tetapi apabila aku sedar dia betul-betul jauh aku juga yang dihambat pilu.  Cukup-cukuplah Mel….bodohkan diri sendiri untuk lelaki yang tidak tahu menghargai kau itu…….

Selamat tinggal Azrul.  Pergilah cinta….pergilah sayang…..pergi dari hidupku.  Tekadku kini untuk menguburkan segalanya.  Tidak akan ada lagi Mohd Azrul Khusyairi selepas ini.

Apa pun yang terjadi…..berjalanlah tanpa henti……
Air mata tertahan….waktu untuk dijatuhkan……
Nanti kita kan tahu…..betapa bijaknya hidup…….
Sepahit apa pun ini……pelajaran yang bererti…..
Semoga kepergianmu…..tak akan merubah apa pun…..
Semoga mampu kulawan kesepianku……

2 comments:

  1. Salam Uji

    Tahniah dan terimakasih atas n3 ni... semoga percubaan ke2 ni memberi uji lebih adrenalin untuk terus menghasilkan karya2 bermutu di kemudian hari..

    ada tease... jgn lupa pm akak

    love kakitasukri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Terima kasih Kak Ita :-)

      Delete