Jun 13, 2014

Bab 8 Biasan Cinta Semalam


Nazira termengah-mengah setelah penat berlari.  Dia duduk di bangku di sebelah Melia.  Melia yang sedang mengunyah kerepek pisang berpaling.  Kepalanya digelengkan beberapa kali setelah melihat gadis itu kepenatan.  Muka Nazira nampak berminyak kerana berpeluh.

“Kau ni tak ada kerja ke nak buat sampai mainkejar-mengejar kat sekolah ni?”

Nazira masih mengambil nafas yang tercungap-cungap.  Berlari tanpa membuat senaman terlebih dahulu begitulah.  “Azman tulah…...”

“Kenapa dengan dia? Tudung kau ni apasal pulak, saja nak colourerk?”

“Kau ni agak-agaklah. Ingat aku ni budak darjah satu ke nak main colour-colour,” marah Nazira sambil membelek-belek tudung sekolahnya yang telah kotor.

“Habis tu kenapa? Aku duduk makan kat sini kau buat drama hindustan pulak dengan Azman.”

Nazira merengus kasar. “Tak kuasa aku nak buat drama Hindustan dengan mamat hitam legam tu.”

“Tak kuasalah sangat,” Melia mencebik.  Kerepek pisang di tangannya masih disuapkan ke mulut.

“Azman curahkan pencicah keropok kat tudung aku,” adu Nazira.  Bibirnya diketap geram.

Melia melihat kesan kotoran pada tudung sekolah Nazira.  Hujung jari ibu dan telunjuknya dia calit di situ. “Aa…..pencicahlah,” Melia mengiyakan.

Nazira mengepal-ngepal tangannya. “Jahat betul dia tu. Padan muka aku baling dengan kasut.”

Melia terlopong. “Ganasnya engkau! Baling dia dengan kasut.”

“Biar padan muka dia tu. Kalau ada sebotol pencicah mahu aku curah kat badan dia,” Nazira melepaskan amarahnya.

“Betul ke Azman tu sengaja?”

“Kalau tak sengaja buat apa lari?”

“Dia lari sebab takut terkena kasut busuk kau tu.”

“Dah kena dah pun.”

Melia terkekek-kekek ketawa.  Dia dapat membayangkan bagaimana wajah Azman tatkala kasut busuk Nazira mengenai badannya.

Funny sangatlah tu,” Nazira menjuihkan bibirnya.  Geram pula dia apabila Melia rancak ketawa.  Dia mula berasa rimas dengan tudungnya yang telah kotor.  Dahlah tudung sekolah berwarna putih kalau kotor mudah nampak.  Bahkan lagi pencicah keropok itu berwarna merah.

Kringg! Kringg! Kringg! Loceng yang menandakan waktu rehat tamat telah pun bergema.  Ramai pelajar mula berlari masuk ke kelas masing-masing.

“Jom aku teman kau pergi tandas, basuh tudung tu,” ajak Melia yang mula bersimpati.  Kalau dia pun malu nak pakai tudung kotor sebegitu.

Nazira bingkas bangun dari bangku dan mengatur langkah.  Melia membuntutinya.  Dia tahu sahabatnya itu masih moody.  Mencuka saja wajah Nazira.

Nazira menggosok-gosok tudung dengan tangannya.  Tempat yang terkena pencicah itu ditenyeh sekuat hati. “Huh! Payahnya nak tanggal,” gerutu Nazira.  “Dahlah toilet ni takde sabun.”

“Boleh cuci tak Zira?” Tanya Melia yang sedang menunggunya di luar tandas.

“Boleh…..tapi nampak lagi merah-merah sikit,” jawab Nazira sedikit terjerit.

“Kau balik basuh kat rumahlah pulak. Kita perlu kelab ni.”

“Yelah....yelah…” Nazira membuka pintu tandas dan merapati Melia.  Dia masih buat muka asam keping.  “Aku dah malas join group studytu kalau Azman ada.”

Walaweh minah ni lebih-lebih pula merajuk. Marah dengan Azman group pun terlibat.  “Kau dengan Azman tu berkawan sejak kecilZira. Bukannya korang tak pernah gaduh sebelum ni. Pasal apa hari ni kau nak sensitif sangat?”

“Sebab tudung nilah,” balas Nazira sambil memegang tudungnya yang telah basah.  Dia sudah hilang mood untuk masuk ke kelas.

“Tudung kotor boleh dicuci tapi kalau sahabat hilang tiada galang gantinya,” Melia menasihatkan sepupunya itu.  Baginya mungkin Azman tidak sengaja tertumpahkan pencicah itu ke tudung Nazira.  Nazira pula terlebih ‘emo’.  Biasanya Azman tidak pernah bersikap nakal begitu.  Kalau Kamal dengan Bob lainlah.

Nazira buat tidak peduli dengan kata-kata Melia umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Hati tengah panas macam tulah.  Kakinya dihayun laju menuju ke kelas.




“Melia…….Melia,” panggil Azrul ketika dia dan Nazira menapak keluar dari pintu pagar sekolah.

Melia berpaling dan melihat Azrul berjalan dengan Azman.  Dia memberhentikan langkah tetapi Nazira terus berjalan.  Dia masih marahkan Azman.

“Mel…….kita jalan sama-sama. Azman nak pujuk Nazira tu.”

Melia mengangguk lalu merapati Azrul.  Azman pula cuba berjalan seiringan dengan Nazira.

“Apa kes diaorang masa rehat tadi Azrul?” Tanya Melia kepada Azrul.  Dia yakin Azrul tahu memandangkan Azrul bersama Azman ketika kejadian ‘tragis’ buat Nazira itu.

“Oh macam ni. Masa rehat tadi saya dengan Azman beli keropok lekor. Azman tak perasan plastik keropok tu bocor. Masa dia jumpa Nazira sebenarnya dia nak bagi keropok tu kat Nazira. Entah macam mana dia tersadung batu, jadi pencicah tu automatik tercurahlah ke tudung Nazira.”

“Kenapa pula si Azman tu baik hati sangat tadi nak belikan Nazira keropok? Nak mengorat ke apa?”

“Tak……maksud saya dia nak pelawa Nazira makan.”

“La…..begitu ke? Habis tu siap main baling-baling kasut.”

“Nazira tu terlampau marah bila tengok tudung dia kotor. Tak sempatnya Azman nak beritahu apa, terus dikejarnya Azman dengan kasut. Lintang-pukang Azman lari.”

Melia tergelak kecil mendengar bingkisan drama hindustan itu. “Ada-ada ajemereka berdua tu.”

“Sayalah suruh Azman minta maaf lepas habis sekolah. Takut Nazira merajuk tak datang study group petang nanti. Kempunanlah saya nak makan ABC dengan awak.”

Aik…….sebab saya ke awak suruh Azman pujuk Nazira tu? Apa awak ingat kalau Nazira merajuk saya pun ikut merajuk.”

Azrul tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. “Ha……yelah. Awak dengan dia kan kawan baik. Suka dan duka sama dirasa.”

Wei drama aku dah beres, korang pulak yang buat drama kat belakang ya,” sergah Azman dari depan apabila dia berpaling melihat pasangan itu saling berbalas senyum.

Nazira turut menyeringai. Panas terik macam ni boleh diaorang feeling-feeling.  Petang karang pun boleh feelingmerpati dua sejoli oi.  Bila orang cakap couple tahu pula tak nak mengaku.

Melia dan Azrul berpandangan sesama sendiri.  Drama? Aku dengan Azrul bukannya pelakon nak buat drama.  Yang diaorang berdua tu cepat saja berbaik.  Dah tamat ke sesi saling bermaafan diaorang tu?

“Mel, cepatlah. Bas dah sampai tu. Yang kau tercengat sebelah Azrul lagi tu buat apa?” Soal Nazira.  Mentang-mentanglah berdiri sebelah orang hensem panas ke hujan dah tak terasa.  Ada pulak ugut bas sampai si Nazira ni walhal mereka naik basikal aje pun.  Huhuhu....

“Dia nak balik dengan Azrullah tu,” Azman tolong menjawab.

“Eh taklah,” pintas Melia.

“Wahai cintaku sayang balik dulu ya,” senda Nazira kepada Azrul mewakili Melia.

Pantas sahaja jari runcing Melia mencuit pinggang Nazira. “Buang tabiat apa kau ni!” Melia separa berbisik.Geram pula dia dengan ayat yang dilontarkan Nazira.  Dia takut Azrul salah faham.  Sementelah lagi Azrul tak suka jiwang-jiwang masa sekolah.

Nazira hanya membuat muka selamba.

Azman dan Azrul saling tersenyum dengan gelagat kedua-dua rakan perempuan mereka.  Azrul langsung tidak ambil kisah.  Dia tahu Nazira gemar mengusik.

Selepas itu masing-masing menuju ke haluan.  Azman, Melia dan Nazira menapak ke garaj yang menempatkan basikal mereka.  Manakala Azrul menghayun kaki ke kereta bapanya yang telah sedia menunggu.

1 comment:

  1. Cinta pertama Melialh ni..patutlh terkesan sampai skrng..

    ReplyDelete