May 7, 2014

Memori Terindah di PBAKL 2014


Tanggal 2 dan 3 haribulan Mei yang lepas saya menjejakkan kaki ke PWTC untuk sesi tandatangan novel pertama saya.  Teruja begitu menebak di dada kerana itulah kali pertama saya ke tiba ke pesta buku antarabangsa itu.  Malah lebih mendebarkan kerana hadir sebagai penulis.


Alhamdulillah sesi itu berlangsung dengan jayanya.  Sungguh saya terharu dengan kunjungan pembaca yang datang menemui saya.  Almaklumlah saya penulis baru.  Novel sulung pula tu.  Terima kasih untuk gift dan kek dari anda semua.  Uji amat menghargainya.......


Terima kasih kepada pihak Love Novel Publication yang telah menerbitkan novel Oops! Suami Aku Bukan Duda.  Mereka semua memang terbaiklah.  Sporting and so friendly.

Suami, anak-anak, kakak dan adik ipar yang menemani turut memberikan kerjasama.  Bahkan lagi dengan kesediaan suami mengangkut stok novel saya yang berat dari tingkat empat itu.  Terima kasih yang tidak terhingga buat beliau yang sentiasa berada di sisi saya.

Kepada yang telah membeli 'kasut merah' ini jutaan terima kasih Uji ucapkan.  Seronok dapat jumpa kamu semua.  Terasa berbaloi perjalanan jauh Uji.  Bagi yang membeli tanpa menemui penulisnya mungkin ada pertemuan kita di lain tahun.  Insya-Allah......


3 comments:

  1. tahniah seronoknya..mesti meriah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah akhirya trlaksana jua impian istri ku ini.sgl apa yg dbntu itu adalah satu sokongan yg padu buat istri trcinta.moga2 krjya yg kt ceburi n laksanakn ini dirdhai oleh yg maha pencipta.tanpa keizinan drinya siapa lah kt n xkn mgkin kt akan pergi hga ke thp ini . insyaALLAH mudah mudahn kjyaan kt diiringan dgn rahmat dr yg esa..

    ReplyDelete