May 19, 2014

Komen-komen positif untuk novelku


Alhamdulillah kerana novel pertamaku sudah menembusi pasaran.  Sambutan yang diterima dari penggemar novel juga amat menggalakkan.  Syukur pada Allah S.W.T.

Dengan bertemakan kisah cinta yang santai ramai yang boleh menerimanya.  Tanpa konflik yang berat ianya menjadi bacaan ringan yang menghiburkan.  Komen-komen yang diterima pula berbaur positif.  Insya-Allah ucapan yang diterima akan menguatkan lagi semangat saya untuk terus berkarya.

Terima kasih untuk komen-komen membina ini.  Semoga ukhuwah kita berpanjangan dan diberkati Allah.



Salam Uji dah hbs baca OSABD...
cerita yg santai dan bahasa yg sempoi mmg terhibur bila baca kisah Qis & Luqman dan ditambah seri dgn Danish yg comel tu... Danish main peranan penting tau...kikiki... Lepas nie ramailah yg htr resume nk kerja kat taska mana tahu dpt jmpa cam abg Luq tukan  .. Walaupun Abg Luq tu tua dari Qis berbelas thn tp still look young cam Anuar Zain, kalu camtu kita boleh terima je, still hensem what... kan...kan..

Betulkan, dlm hidup kita jgn ada benci yg melampau sbb antara benci dan cinta, hanya terpisah dgn suatu garis halus dlm sedetik waktu bila garis halus itu hilang, benci boleh menjadi cinta, jgn dikesal masa yg berlalu kerana pengalaman menyimpan benci dulu, sebenarnya menjadi manis utk hari ini... Tu yg Qistina rasa betul tak?
Tahniah Uji Muhamad utk novel pertama ini... moga sukses dinovel yg akan datang!
One word...it's sweet 

No comments:

Post a Comment