May 19, 2014

Komen-komen positif untuk novelku


Alhamdulillah kerana novel pertamaku sudah menembusi pasaran.  Sambutan yang diterima dari penggemar novel juga amat menggalakkan.  Syukur pada Allah S.W.T.

Dengan bertemakan kisah cinta yang santai ramai yang boleh menerimanya.  Tanpa konflik yang berat ianya menjadi bacaan ringan yang menghiburkan.  Komen-komen yang diterima pula berbaur positif.  Insya-Allah ucapan yang diterima akan menguatkan lagi semangat saya untuk terus berkarya.

Terima kasih untuk komen-komen membina ini.  Semoga ukhuwah kita berpanjangan dan diberkati Allah.



Salam Uji dah hbs baca OSABD...
cerita yg santai dan bahasa yg sempoi mmg terhibur bila baca kisah Qis & Luqman dan ditambah seri dgn Danish yg comel tu... Danish main peranan penting tau...kikiki... Lepas nie ramailah yg htr resume nk kerja kat taska mana tahu dpt jmpa cam abg Luq tukan  .. Walaupun Abg Luq tu tua dari Qis berbelas thn tp still look young cam Anuar Zain, kalu camtu kita boleh terima je, still hensem what... kan...kan..

Betulkan, dlm hidup kita jgn ada benci yg melampau sbb antara benci dan cinta, hanya terpisah dgn suatu garis halus dlm sedetik waktu bila garis halus itu hilang, benci boleh menjadi cinta, jgn dikesal masa yg berlalu kerana pengalaman menyimpan benci dulu, sebenarnya menjadi manis utk hari ini... Tu yg Qistina rasa betul tak?
Tahniah Uji Muhamad utk novel pertama ini... moga sukses dinovel yg akan datang!
One word...it's sweet 

Review novel OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA

Review di bawah adalah daripada salah seorang pembaca novel Oops! Suami Aku Bukan Duda.  Sungguh saya tertarik dengan ulasan beliau.  Amat menarik dengan cara tersendiri.  Memang lain daripada yang lain.  Terima kasih Sab....

Bagi yang belum membaca naskah sulung Uji bacalah dulu review ini.  Insya-Allah anda pasti tertarik untuk mengetahui kisah selanjutnya.


OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA
Karya: Uji Norizqi
Terbitan: Lovenovel Publication


Ciri-ciri Lelaki Idaman seorang anak dara lepasan SPM, QISTINA AIRISA

1-Tua setahun dua dari diasendiri- tak main ah!!! tua-tua nie.

2-Bukan suami org…SAY NO toBERMADU

3-Bukan bekas org …. SAY NO to DUDA

4-Semua ciri2 ini hanya digunapakai selepas TAMAT BELAJAR

Ciri-ciri WANITA idaman LUQMAN HAKIMI (33 Tahun)

1-Yang boleh menyayangi DANISH,anaknya.
2- Yang boleh menyayangi DANISH,anaknya.
3-
4-
-
-
-
100- Yang boleh menyayangi DANISH,anaknya.

Taska Mithali…..Tempat Qistina mencari
pengalaman, mengisi masa terluang dan menyimpan sedikit duit selepas terlepas
peluang utk melanjutkan pelajaran pd panggilan pertama ke U. Di tempat yg sama,
dia dipertemukan dgn kanak2 yg comel bernama Danish. Mungkin sifat manja dan
kebudak2an Qistina (yalah umur baru nak masuk 18 thn), menyebabkan diadisayangi oleh semua kekanak disitu, lebih2 lagi oleh si Danish.

Danish, yg dibesarkan oleh papanya, Luqman, tidak pernah mendapat kasih sayang seorg mama yg sebenarnya mama. Namun, bila bertemu dgn Qistina, sayangnya jatuh pd si dara pingitan. Lantas di MINTA pada papanya:

“Papa..Boleh tak Danish nak…Cikgu Qistina jadi mama Danish?”

Jadi agak2nya apa reaksi si Luqman? Andainya selama ini bila diajukan oleh mummynya, mengenai calon sang isteri….jawapannya “Yang boleh menyayangi DANISH, anaknya.” Sekarang…Nah,Danish yg mencari dan mencadangkan…….

So, apa lagi….dimulakan langkah
utk mengenali siapakah Qistina….NAMUN…DINGIN, BEKU. KEJUNG…TAK MAKAN
SAMAN…..semualah ada pd Qistina….sbb apa2? Sbb Luqman gagal ciri pertama, gagal
ciri kedua, gagal ciri ketiga…dan sah2 Qistina TAK SMBG belajar pun lagi…ayoooo…..Takkan si MANIS 18 nakkan si DUDA 33…

Pelbagai cara…pelbagai taktik….mmg
rupa kacak nan menawan…harta mmg tak hbs 7 keturunan..tapi itu semua di REJECT.
Qistina tidak dpt dibeli dgn MUDAH. Akhirnya, LUQMAN terpaksa menggunakan satu-satunya cara….NAK kan ANAK, TACKLE MAKnya dulu….. jd, mcmana tu?

Luqman Berjaya mengikat Qistina
diatas nama TUNANG diawal pengajiannya. Masih berbaki 2thn utk mengesahkan HAK
MILIK, itu janjinya. Tapi, sekali Qistina kata TIDAK..maka selamanya
TIDAK….lantas huluran cinta, rayuan pemuda yg menepati ciri 1 & 2, FEROZ disambut….DENGAN satu harapan… apa ya?

Namun, kerana satu kejadian dan
satu wasiat, segalanya berubah…Rancangan Qistina memakan diri sendiri. Lantas apakah yg terjadi bila TUNANG tanpa RELA dan KAHWIN kerana AMANAT.

Satu naskah yg mampu dihadam…watak
QIstina yg mmg tahap kejung beku antartik tuuuuu buat org menyampah…A GOOD JOB uji walaupun ini NASKAH PERTAMA anda.

May 7, 2014

Tempahan sudah dibuka untuk si 'kasut merah'




Ini adalah sinopsis di belakang novel OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA.  Bagi yang berniat ingin memilikinya bersama tandatangan boleh hubungi Uji untuk tempahan.  

Untuk semenanjung RM30 termasuk postage.  Bagi Sabah dan Sarawak pula RM34 termasuk postage.

Kepada yang berminat boleh email Uji di ujinorizqi@gmail.com. 

Jika anda ingin membelinya di kedai buku harga pasarannya adalah RM24.

Kepada yang telah memiliki 'kasut merah' ini saya ucapkan selamat membaca.  Harapan saya semoga karya pertama ini boleh diterima dengan hati terbuka oleh anda semua.  Sesungguhnya yang baik itu dari Allah S.W.T.  Yang tidak baik itu datangnya dari insan yang kerdil ini......

Memori Terindah di PBAKL 2014


Tanggal 2 dan 3 haribulan Mei yang lepas saya menjejakkan kaki ke PWTC untuk sesi tandatangan novel pertama saya.  Teruja begitu menebak di dada kerana itulah kali pertama saya ke tiba ke pesta buku antarabangsa itu.  Malah lebih mendebarkan kerana hadir sebagai penulis.


Alhamdulillah sesi itu berlangsung dengan jayanya.  Sungguh saya terharu dengan kunjungan pembaca yang datang menemui saya.  Almaklumlah saya penulis baru.  Novel sulung pula tu.  Terima kasih untuk gift dan kek dari anda semua.  Uji amat menghargainya.......


Terima kasih kepada pihak Love Novel Publication yang telah menerbitkan novel Oops! Suami Aku Bukan Duda.  Mereka semua memang terbaiklah.  Sporting and so friendly.

Suami, anak-anak, kakak dan adik ipar yang menemani turut memberikan kerjasama.  Bahkan lagi dengan kesediaan suami mengangkut stok novel saya yang berat dari tingkat empat itu.  Terima kasih yang tidak terhingga buat beliau yang sentiasa berada di sisi saya.

Kepada yang telah membeli 'kasut merah' ini jutaan terima kasih Uji ucapkan.  Seronok dapat jumpa kamu semua.  Terasa berbaloi perjalanan jauh Uji.  Bagi yang membeli tanpa menemui penulisnya mungkin ada pertemuan kita di lain tahun.  Insya-Allah......