Apr 16, 2014

Temui saya di PBAKL 2014


Dalam tujuh hari lagi maka akan bermula lah pesta buku yang ditunggu-tunggu oleh semua ulat buku.  Saya juga tidak terkecuali.

Tahun ini kehadiran saya ke pesta buku bukan lagi sebagai pembeli novel tetapi sebagai penulis jemputan di booth Love Novel Publication (LNP).

Seperti yang tertera di dalam jadual di atas saya Uji Norizqi boleh anda temui pada 2hb Mei pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengahari.  Pada keesokannya pula saya akan berada di booth untuk sesi tengahari dengan berganding bersama Wan Rohayu.

Justeru itu jemputlah datang semua untuk memeriahkan PBAKL 2014.  Jumpa anda di sana.  Selamat memborong :-)

4 comments:

  1. Wah, tahniah kak. Insya-Allah, jika berkesempatan hari sabtu tu akan saya ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tetamu istimewa. Bolehlah saya mengenali penulis cerpen yang hebat ini nanti :-)

      Delete
  2. Selama ini saya tertanya-tanya, untuk novel cetakan pertama berapa naskhah ya kak? 10 000 naskhah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada publisher sebenarnya. Jika publisher yang telah lama bertapak mereka akan mencetak 10k tetapi bagi yang masih baru mereka hanya mencetak separuh daripada itu sahaja.

      Delete