Apr 16, 2014

Cover Novel Pertamaku


Alhamdulillah keluar sudah cover untuk novelku yang berjudul Oops! Suami Aku Bukan Duda.  Cover ini telah pun lulus ISBN dan akan digunakan untuk muka depan nanti.

Cover merah menyala ini begitu indah dan menyerlah.  Saya amat sukakannya.  Terima kasih kepada pihak Love Novel Publication kerana menghasilkan 'wajah' menarik ini untuk bakal naskah sulung saya.

Sekarang ini ianya akan mula dicetak dan akan menemui anda di pesta buku antarabangsa (PBAKL 2014) yang bertarikh 24 April hingga 4 Mei.

Sungguh tidak sabar untuk saya memeluk 'kasut merah' ini.  Penantian saya selama ini bakal ternoktah dengan kehadirannya dalam versi cetak nanti.

Harapan saya semoga 'bayi sulung' ini dapat diterima oleh semua penggemar novel.  Teruskan memberi sokongan pada saya yang baru bertatih ini. 

u

2 comments:

  1. wahhh tahniah..memnag cantik la

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Harap kecantikannya mampu mengoda Lya. Hehe...

    ReplyDelete