Mar 10, 2014

Pray#for#MH370


Hampir tiga hari berlalu namun misteri kehilangan pesawat MH370 masih belum terungkai.  Pelbagai spekulasi timbul namun berita sahih belum tiba jua ke halwa telinga.

Ada komen dan status berbaur negatif yang saya baca di laman sosial.  Sungguh dikesali.  Bahkan lagi  apabila berbaur politik dan saling menyalahkan antara satu sama lain.  Cukuplah mencipta publisiti murahan sebaliknya mari kita saling menadah tangan semoga pesawat MH370 selamat ditemui.

Sebaknya hati dan bergenang air mata melihat ahli keluarga mangsa yang dalam kesedihan.  Semoga Allah memberi ketabahan kepada mereka semua.

Saban waktu kita setia menanti dan mendengar berita tentang pesawat malang ini.  Dan saya juga tidak terkecuali mengikuti perkembangan semasanya tak kira melalui media cetak atau pun media elektronik.

Petikan  akhbar sinar harian hari ini mengatakan seorang nelayan yang dikenali sebagai Azid Ibrahim menyatakan yang dia ada melihat pesawat terbang rendah pada pukul 1.30 pagi pada hari kejadian.  Lokasinya 8 nautika dari Kuala Besar Pantai Cahaya Bulan.  Jika benar dakwaan pakcik Azid harap ianya dapat menjadi satu rujukan untuk pihak berkuasa menjejaki MH370.

Sebagai umat Islam teruskanlah memanjat doa pada Yang Esa meskipun penumpang dan anak kapal MH370 tidak kita kenali.  Sesungguhnya hanya doa yang mampu kita titipkan dari kejauhan.




2 comments:

  1. Ujian atau peringatan dari Allah untuk kita....

    ReplyDelete
  2. aminn... http://irynsahmad.blogspot.com/

    ReplyDelete