Mar 7, 2014

Menghitung hari untuk ke PBAKL


Tengok pada tarikh nampaknya sudah tidak lama tapi saya yang sedang membilang hari ni usah katalah.  Hehe......

Saat saya mendapat tahu novel Oops! Suami Aku Bukan Duda akan diterbitkan untuk pesta buku kesyukuran saya panjatkan pada Illahi.  Serasa persoalan itu telah berakhir.  Alhamdulillah bersyukur sangat pada yang Maha Esa.

Dalam menanti detik itu saya terfikir-fikir sendiri bagaimanalah cover novel pertama saya itu.  Bagaimana pula sambutan di kalangan penggemar novel? Macam-macam yang bermain di minda dalam menunggu terbitnya 'baby sulung' ini.

Tarikh sebenar untuk saya berada di booth Penerbitan Love Novel (LNP) belum lagi saya perolehi tika ini.
Pihak publisher akan maklumkan apabila tiba masanya nanti

Saya amat berharap anda yang meminati kisah Luq dan Qis akan mendapatkan versi cetaknya.  Group Teratak Cinta yang uji sayangi terima kasih atas sokongan anda semua.  Sama-sama kita tunggu Oops! Suami Aku Bukan Duda dalam versi novel ya.

Kepada yang akan ke PBAKL 2014 selamat berjumpa di sana nanti :-)


2 comments:

  1. ujiiiiiiiiiiiiii


    dh dpt ker date utk uji dtg pesta buku nnt?

    ReplyDelete