Aku mengelipkan mata beberapa kali
melihat sejambak bunga ros merah yang dihulur kepada aku. Seumur hidup aku, aku mana pernah mendapat
bunga. Dulu kan aku bersekolah siapa yang
nak bagi bunga pada budak sekolah. Usah
nak bagi bunga pada kau Qistina masuk dekat pun lelaki takut. Sekali kau mengaum tak cukup tanah dia orang
lari. Garang macam singa betinalah
katakan.
Sebagai seorang yang bernama
perempuan semestinya aku sukakan bunga tapi bila ianya datang dari si duda itu
aku jadi teragak-agak untuk menerimanya.
Mata kata mahu tapi hati kata tak mahu.
Entah mimpi apa bapak Danish petang ni. Janganlah kau dilanda mimpi jadi mat romeo
kerana aku tidak sudi untuk jadi julietnya. Datang hendak ambil anak tapi sempat bawa
bunga. Kenapa dia perlu memberi aku
bunga? Adakah kerana dia tahu perempuan sinonim dengan bunga? Kalau aku cakap
aku ni antonim dengan bunga macam mana?
“Qistina, terimalah bunga ni,”
katanya dengan gaya seorang kekasih memberikan bunga buat buah hatinya. Mualnya aku.
“Kenapa Encik Luqman bersusah-payah
belikan saya bunga? Saya tidak perlukannya,” balas aku dengan jual
mahalnya.
“Tidak susah pun. Ambillah saya
ikhlas.” Dia menghulurkan jambak bunga
itu lebih dekat kepada aku.
“Tapi saya tidak sukakan bunga.
Saya allergic,” aku berdalih. Aku picit-picit hidung macam aku alahan
dengan bunga di tangannya itu.
Aku lihat wajah Luqman Hakimi
serba-salah dan kelihatan keruh.
Tiba-tiba aku rasa hendak sakat dia.
Sebelum ni kerap benar dia ketawakan aku. Kali ni aku nak ketawakan dia.
Aku meledakkan ketawa. Dia terpinga-pinga melihat aku yang tiba-tiba
ketawa. Mesti dia kata gila ke apa budak
ni tiba-tiba ketawa. Biar dia anggap aku
gila sebab lepas ni tidak perlu cuba nak ‘usha’
aku.
“Kenapa Qistina ketawa?” Tanya mr widower itu dengan teragak-agak.
“Percaya ke perempuan macam saya
tidak sukakan bunga? Percaya yang saya allergic
bunga?” Soal aku sambil mengangkat kening.
Ketawa yang aku ledakkan tadi sudah tidak bersisa.
“Entahlah saya tidak tahu sama ada
Qistina allergic bunga atau tidak.
Yang saya tahu semua perempuan suka bunga,” ujar dia pada aku. Betullah tu perempuan tidak boleh dipisahkan
dengan bunga.
“Stereotaipnya Encik Luqman ni,”
dengus aku.
“Tak kisahlah Qistina nak cakap
saya apa pun. Yang penting terima bunga ni. Andai kata cik Qistina tak
suka…….balik nanti bagilah pada kakak awak.”
Huh! Dia ni tak dapat mengorat aku
ada hati nak test Kak Ina pula.
“Encik Luqman kakak saya sudah
punya suami. Awak tak perlu try
ok,” kata aku dengan tegas. Cemburu ke Qistina? Sampai bagi amaran macam
tu. Dia tak kata pun dia nak mengorat kakak kau. Yarks!
Nonsense. Tak kuasa aku nak cemburu.
Luqman Hakimi tersenyum sinis.
Aku mengerutkan kening. Hampir bertaut kening di sebelah kiri dan
kanan. “Kenapa senyum macam senyum
kambing tu?”
“Nothing. Oklah saya balik dulu. Nah ambik bunga ni.” Dia
mendekatkan jambak bunga itu sehingga hampir terkena hidung aku. Nak suruh aku telan ke apa! Dahlah bagi cara
paksa. Ditonyoh pula pada kita.
“Aaa…..chummm!” Aku
terbersin. Tulah pandai sangat mengaku
alahan pada bunga. Sekarang terbukti aku
menerima balasan.
“Alhamdulillah,” dengan pantas dia
menjawab bersin aku. “Betul allergic
rupanya. Sorry,” sambung Luqman
Hakimi.
Dia ni sengaja nak kenakan aku ke?
Mentang-mentanglah aku jual mahal.
“Balik nanti simpan elok-elok.
Letak cantik-cantik dalam pasu tapi jangan cium selalu. Awakkan allergic, nanti asyik achum-achum,” pesan mr widower itu. Dan aku dapat merasakan yang pesanan itu seolah-olah memperli aku.
Aku merengus geram.
“Assalamualaikum. Bye,” katanya sebelum membolos masuk ke
dalam BMW miliknya.
Aku hanya menjawab salam dalam hati
sambil memandang bunga yang sudah kejap di tangan aku. Habislah aku kena perli dengan Kak Azmah dan
Kak Isma nanti. Kalau kat rumah giliran Kak
Ina yang menyakat. Nasiblah…
“Ehem…ehemm,” Kak Azmah sengaja berdehem selepas kereta Luqman
Hakimi meluncur pergi. Aku tahu dia dia
berdehem untuk aku.
“Kak Azmah nak ambillah,” kata aku
lalu menghulurkan jambangan bunga ros merah segar itu.
“Hek eleh Encik Luqman bagi dia hulur kat
kita pulak….. Bertuah Qis dapat pakwe orang
kaya.” Bila masa pulak mr widower tu pakwe aku? Janganlah gosip Qis dengan dia wahai Kak
Azmah. Tak moo…tak moo….
“Eh…eh…dia bukan pakwe Qis lah Kak Azmah. Qis langsung
tak sukakan dia.”
“Tak percaya akak Qis tak suka dia.
Encik Luqman tu dahlah kaya kacak lagi. Ha entah-entah Qis nak berhenti kerja
awal ni sebab nak balik siapkan perkahwinan Qis dengan dia kut…” Kak Azmah
melemparkan serkap jarangnya pada aku.
Kak Azmah serkap tu bocor tak kena ikan punya.
“Astagfirullahalazim akak ni,” aku
beristighfar tanda menafikan telahan Kak Azmah.
“Mana ada. Qis ni baru habis SPM tahun lepas.. Tak terlintas langsung
pasal nikah kahwin ni,” tinggi suara aku menyatakannya.
Tersengih Kak Azmah apabila
serkapnya tidak mengena. Dah namanya
serkap jarang ikan mana yang lekat. “Hehe… akak agak je.”
“Kak Azmah jangan cakap macam tu
lagi. Sekalipun dia suka Qis tapi itu tidak bermakna Qis akan sukakan dia,” aku
mengingatkan Kak Azmah.
“Yelah,” dia mengangguk faham.
Mungkin dia sudah tersentap tatkala aku meninggikan suara tadi. Kut ya pun pandai-pandai dia serkap jarang.
Bunga di tangan aku campakkan di
dalam bakul sampah di taska. Aku tidak
ingin membawanya pulang. Kalau aku bawa
balik Kak Ina pula yang banyak soal.
Lebih baik aku buang saja. Aku
tidak mahu sebarang pemberian dari mr
widower itu. Fullstop!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Kau
serius ke dengan dia Luq?” Tanya Farid ketika mereka berdua keluar minum
bersama. Jika Luqman kelapangan di
sebelah malam kerap juga dia keluar dengan Farid. Biasalah orang lelaki tak sahlah kalau tidak
keluar bersembang dengan kawan-kawan.
“Entahlah Farid. Aku pun tak tahu.
Yang nyata aku tenang sangat bila dapat tengok wajah comel dia. Aku gembira
dapat mendengar suara dia,” jawab Luqman Hakimi mengenai perasaannya. Jujur dia tidak membohongi sahabatnya itu.
“Kalau begitu dah sah kau jatuh
cinta,” ujar Farid.
Luqman Hakimi meletakkan tangan ke
dada bidangnya. “Jantung aku dup dap dup dap bila sampai depan
taska.”
Farid melihat gaya Luqman umpama
orang mabuk bercinta. “Berat dah kau ni.”
“Memang pun berat. Suka pada budak
baru lepas SPM. Kalau dia pun suka aku tak apalah jugak,” Luqman Hakimi
menempelak diri sendiri.
“Jadi kau syok sendiri. Bertepuk sebelah tangan?” Tanya Farid yang
sepertinya terkejut. Kurang percaya pun
ada kerana orang sekacak dan sekaya Luqman boleh syok sendiri.
“Ye kut…..” ujar Luqman
teragak-agak. Jus tembikai laici itu
disedutnya perlahan.
“Kau ni memang sakitlah. Dahlah
tangkap cintan dengan budak tak cukup umur lepas tu kau kena penyakit SS pulak.
Kalau aku taklah…..….” leter Farid.
“Lerr….kau ni cinta tak kenal siapa. Aku tak minta degupan cinta
hadir dalam hati aku buat gadis belasan tahun. Tapi andai itu yang Allah
takdirkan untuk aku, aku dengan redha lagi senang hati terimanya,” luah Luqman
Hakimi dengan bersungguh-sungguh.
Farid merengus. “Masalahnya budak
tu tak suka kau.”
“Sebab
tu sedaya upaya aku nak tawan hati dia. Petang tadi aku bagi dia bunga,” Luqman
tanpa segan memberitahu Farid sikap mat romeonya itu.
“Hahaha!” Farid ketawa terkekek-kekek dengan pengakuan
Luqman Hakimi memberikan bunga pada budak yang dianggap bawah umur itu. Geli hatinya membayangkan jejaka hensem lagi
kaya memberikan bunga pada gadis yang baru belajar kenal erti hidup.
“Hei kau ni kenapa? Ketawa macam tengok cerita Mr Bean,” marah
Luqman pada kawannya itu. Entah apa yang
menggeletek hati kawannya itu. Rasanya
tiada apa yang melucukan apabila si jejaka memberi bunga pada sang gadis.
Farid menghapuskan ketawanya. “Kau
tulah jadi mr romantic pada budak
hingusan.”
“Kau ni mulut tak ada insurans erk? Aku saman baru tahu,” ugut
Luqman. Ugut
bergurau.
Mana mungkin Farid disamannya.
Farid membuat muka biasa. “Oklah
aku serius. So dia terimalah bunga
kau?”
“Mestilah terima perempuan kan suka
bunga tapi liat sikitlah nak ambil tu.”
“See! Liat nak ambik
maknanya dia tak suka kau.”
“Habis nak buat macam mana aku suka
dia.”
“Penyakit apalah yang serang kau ni
Luq? Budak tu esok lusa hendak pergi sambung belajar. Manalah dia nak bercinta
dengan orang yang lebih tua dari dia. Kalau tua setahun dua tu tak apalah, ni
berbelas tahun. Dia terlalu muda untuk
kau Luq.”
Luqman Hakimi menarik nafas
dalam-dalam. “ Entahlah. Aku pun tak reti nak cakap.”
Farid menjongket bahu. Dia juga
tidak mampu komen apa-apa lagi. Jus
durian belanda yang berada di atas meja disedutnya. Sedap rasa air buah itu menyejukkan
kerongkongnya.
Dia tertanya sendiri secantik mana
gadis itu sehingga mampu membuatkan Luqman Hakimi terkena penyakit cinta. Apakah gadis itu persis bidadari yang
membuatkan Luqman lupa yang dia tidak sesuai untuk bersama dengan gadis belasan
tahun?
Pada fikirannya gadis itu tidak
matang. Bagaimana ingin berganding
dengan businessman seperti Luqman
Hakimi? Bagaimana ingin menyesuaikan
hidup dengan golongan kelas atasan sedangkan gadis itu baru belajar mengenal
hidup? Rendah pandangan Farid pada
Qistina Airisa.
Belajar pun setakat SPM yang semua
orang sudah melepasinya. Tidak cukup
ilmu lagi gadis itu untuk bersama Luqman.
Apa sebenarnya yang menyebabkan sahabatnya itu gila bayang kepada gadis
belasan tahun? Luqman…….Luqman……..
Uji... t.q
ReplyDeletebest la..xsbar nk baca versi cetak.
Ingin tahu mcmane luqman mengorat qis...
hehe...he♡♡♡♡♡
Sama2 kak. Insya-Allah dah tak lama dapat hug novelnya.
Deletehee...suka..suka...tq sis...nti mr.widower tlg bg bunga kat LP pula yek..hihi
ReplyDeleteNanti abang Luq cari bunga lavender ya...
DeleteMmg curious dh akak nk tau mcm mn ending dia :))
ReplyDelete