Feb 8, 2014

Resepi Kerabu Sotong


Kerabu sotong adalah masakan dari Thailand. Rasa kerabu ini lebih kepada masam dan pedas. Sedap sekali rasanya dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.

Mudah sahaja untuk menyiapkan resepi ini janji cukup bahannya. Jika terkurang bahan rasanya akan lari dan tidak sedap.

Sotong yang telah dibersihkan kita potong serong dan kecil. Selepas itu ia perlu direbus seketika bersama sedikit air. Sotong ini tidak boleh direbus lama kerana akan menyebabkan ia rasa kurang enak.

Racik sebatang serai nipis-nipis, mayang separuh labu bawang besar, potong cili api dan tomato, kacang panjang dipotong serong, hiris daun sup dan daun limau purut. Bahan-bahan itu perlu dicampur dalam air rebusan sotong. Masukkan sos tiram, sedikit garam, kicap sotong, air limau nipis, gula dan serbuk perisa. 

Gaul semuanya biar sebati. Selepas itu kita masukkan sotong yang telah direbus tadi. Kacau ianya bersama. 

Siap dan hidang. Sekiranya anda tidak gemarkan sotong, boleh gantikan ia dengan udang. Bahan dan cara membuatnya juga sama.

Cubalah dan anda pasti berpuas hati.

No comments:

Post a Comment