Feb 20, 2014

Nasi Hujan Panas


Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua.  Semoga rakan- rakan dalam keberkatan di penghulu segala hari ini. 

Apa menu masakan anda tengahari ini?  Saya sudah memasak nasi seperti gambar di atas.  Bukan saja cantik nasi warna-warni ni tapi juga sedap.  Anak-anak saya sukakannya.

Mudah sahaja memasak nasi hujan panas ni.  Saya cuma menumis bawang merah dan putih sebelum memasukkan beras yang telah dibasuh.  Selepas masukkan air saya akan letak sehelai daun pandan.  Usai nasi tersebut kering pewarna hijau, merah dan oren akan saya titikkan ke atasnya.  Boleh tengok gambar di bawah.


Nasi hujan panas saya ni saya makan bersama ayam masak merah dan acar timun.  Untukmenyediakan ayam masak merah anda perlu blend bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan lada kering.  Selepas tu tumis sehingga wangi.  Masukkan air dan ayam yang telah digoreng separuh masak.  Boleh dimasukkan sedikit perisa bersama garam dan gula.  Biarkan ia rasa manis sedikit.  Gambar di bawah gambar ayam masak merah saya yang masih on the way.  Hik...hik...


Last sekali acar timun.  Paling mudah untuk dibuat.  Mayang bawang besar nipis-nipis, potong cili merah, hiris kubis halus, timun batang potong memanjang.  Bahan-bahan itu kita masukkan dalam air yang telah dicampur cuka, garam dan gula.  Kacau sebati.  Siap. Hehe....mudah bukan.

Lepas tu hidanglah bersama nasi hujan panas anda.  Confirm menambah dua pinggan.  Ahaks!

5 comments:

  1. wah tiba-tiba rasa lapar....nak sikit. salam perkenalan ya.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/peluang-perniagaan-hanya-rm65-sahaja.html

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga Eray Ayang :-)

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. tiba-tiba berbunyi perut bila tengok gambar nasi hujan panas tu.. hehe..

    ReplyDelete