Feb 4, 2014

Hari cuti yang bermakna

Sudah beberapa hari blog saya sepi tanpa entry baru.  Sungguh saya tidak sempat untuk menjengahnya.  Cuti untuk orang lain tetapi pada saya kerjaya saya bermula pada musim cuti.  Begitulah apabila menjalankan perniagaan untuk orang kahwin ni.  Hik...hik...

Aik ni entry tentang aktiviti Ratu Balqis Bridal ke?  Oops! Bukan.  Hehe...abaikan tetapi kalau nak buat tempahan saya sudi menerimanya.  Ececeh....

Sesi persekolahan di tempat saya telah pun bermula dua hari lepas.  Cuti sempena tahun baru cina pun sudah berakhir.

Hari cuti memang menyeronokkan.  Ianya akan jadi lebih bermakna apabila kita dapat menghabiskannya bersama keluarga tercinta.  Bukan senang mahu berkumpul ramai-ramai bukan?

Meskipun saya perlu memperuntukkan masa untuk merias pengantin namun saya tetap meluangkan masa bersama kakak saya.  Kepulangannya ke kampung semestinya ditunggu.  Kami tidak sempat untuk pusing jauh-jauh.  Jadi kami ke Kolam Air Panas La Hot Springs sahaja untuk berkelah.  Tempat rekreasi itu terletak di Besut Terengganu.  Ramai juga pengunjung yang berkunjung ke sana memandangkan airnya cetek dan sesuai untuk kanak-kanak bermandi-manda.

Anak-anak saya begitu riang sekali bermain air dengan sepupu-sepupunya.  Gambar di bawah buktinya. Hehe.........

                               

Tempat mereka bermain ni sejuk sangat airnya.  Jika ingin merasa kehangatan kolam air panas perlu naik ke atas.  Tak adalah jauh sangat cuma perlu berjalan dan melalui satu jambatan pendek.  Di tingkat dua itu ramai sekali orang dewasa yang duduk berendam kaki.  Saya tidak terkecuali untuk merasa nikmatnya merendam kaki di dalam air panas asli ciptaan yang Maha Esa itu.  Sungguh nyaman dan menyegarkan.  Kata orang mampu menghilangkan stress.


Pada sebelah malamnya kami makan besar di Rangnok Restaurant.  Restoran masakan Thai yang terkenal di Kelantan.  Okey ini gambarnya.......


                           


Amat bermakna buat saya dapat menikmati makan malam bersama keluarga tercinta.  Meskipun ia bukan dihadiri oleh seluruh keluarga tapi ia cukup terkesan di hati.  Yalah bukan semua orang dapat balik bercuti.  Lainlah jika hari raya.

No comments:

Post a Comment