Feb 5, 2014

Bab 9 OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA


“Danish rindu cikgu,” kata Danish sebaik tiba di taska.  Tangan aku diraihnya.  Sopan Danish mengucup pelupuk tanganku.

“Cikgu pun rindu Danish,” balas aku lalu memeluk Danish.  “Rindu sangat.  Rindu…….rindu……..rindu……”  Aku menciumnya bertubi-tubi.  Macamlah setahun tak jumpa.  Padahal tak sampai pun seminggu.

“Kat bapa Danish ni tak rindu ke?” Usik satu suara.  Aku luku jugak kang kepala si empunya suara tu.

Aku mengerling tajam pada Luqman Hakimi.  Tak malu sungguh kau ya?  Depan Danish pun bilang rindu bagai.  Kalau tak fikir ini depan taska mahu aku membentak dan mencaci.  Tak kisahlah dia nak saman mulut aku ke apa.  Aku ni jelik dengan duda tahu tak!

“Jeling papa orang erk?” Soal Danish sekilas.

Aku tersentak.  Alamak! Lama ke aku kerling bapak dia sampai budak kecik ni pun boleh perasan?  Ini sudah membuatkan pipi aku berbahang.

“Eh taklah. Cikgu tengok pokok bunga di belakang papa Danish tu,” aku mencipta alasan.  Memang ada pokok pun belakang Luqman.  Pokok bunga kertas.  Memuncung mulut aku untuk tuju pada pokok bunga yang jadi subjek aku tu.

“Hahaha……..”  Terbahak-bahak si duda itu ketawa.  Lucu sangat agaknya bila 'dia' aku samakan dengan pokok bunga.  Aku pun pelik bin ajaib kerana dia mudah ketawa dengan kata-kata aku.  Sidang hadirin adakah ia melucukan?  Kalau lucu silalah ketawa sama sebab aku terasa ingin mencekik lehernya.

“Huh!” Aku mendengus kasar.  Aku layang wajah cemberut.  “Jom Danish masuk ke taska.”

Aku mendukung Danish yang sudah besar itu.  Sengaja aku dukung sebab aku ingin cepat masuk ke taska.  Malas aku hendak mengadap muka encik duda itu.

Luqman Hakimi memerhatikan aku masuk.  Bibirnya masih dengan baki ketawa.  Aku tidak mahu menoleh.  Aku sudah dilanda kegeraman level tiga.  Sesedap rasa sahaja dia gelak kat aku.
           
           Entah apa-apa ntah dia tu……... Dia yang entah apa-apa atau aku yang tak tahu apa?  Haish! Aku ketuk dagu sendiri.


           
            Luqman Hakimi tersengih seorang di dalam pejabatnya.  Wajah Qistina Airisa yang merona kemerahan tadi menjelma di matanya.  Dia sendiri kurang mengerti mengapa dia begitu senang ketawa di depan gadis itu.  Hatinya gembira tatkala dapat mengusik dan bercakap dengan gadis itu.
           
           Wei kawan senyum seorang nampak,” tegur Farid.
           
            Luqman Hakimi berpaling pada Farid.  “Masuk bilik aku main redah ya. Aku panggil security baru tahu.”
            
          “Macam tak biasa,” kata Farid yang sudah melabuhkan punggung ke kerusi di depan sahabatnya itu.  Selamba sahaja dia bersandar dan menegangkan urat.
            
         “Kau ni datang tak bagitahu,” ngomel Luqman.  Perasaan malu terbit jua di hatinya andai Farid nampak dia senyum seorang diri.  Harap-harap tak dapat cop mereng daripada Farid.
            
          “Aku lalu area ni sebab tu singgah pejabat kau bro. Nak jenguk kawan baiklah katakan. Aku tengok mimik muka kau tadi macam ada something .  Kau angau ke Luq?”
             
         “Angau……..? Apa bende angau tu? Ada nama spesifik lain tak?”  Sengaja Luqman bertanya.  Buat kes buah keranji dalam perahu gitu.
             
         “Kalau dah sengih seorang, berkhayal tu orang panggil angaulah bro.” Bukan dapat mereng tapi dapat angau.  Tak kisahlah angau ke, burung bangau ke, janji bukan mereng. 
            
         Oooo. Memang pun aku angau pada budak lepas SPM,” dengan bersahaja Luqman Hakimi menuturkannya.  Erk! Terlepas cakap ke memang sengaja nak cakap aku ni?
             
         “Hahaha……..”  Terkekek-kekek Farid ketawa.  Dia ingatkan temannya itu membuat lawak.  Farid menekan-nekan perutnya. “Pandai kau berlawak. Sakit perut aku.”
            
         “Aku seriuslah Farid Badli,” intonasi suara Luqman meninggi.  Tak senang pula dia diketawakan sahabatnya.  Tak normal ke andai dia jatuh hati dengan gadis muda?
            
             Terbeliak mata Farid.  Ada sebesar mata ikan lolong. “Kau biar betul!”
            
             “Betullah. Dia jaga Danish kat taska,” balas Luqman Hakimi tanpa berselindung.  Baik terus-terang saja kat Farid ni.  Selama ni pun segala hal aku banyak kongsi dengan dia.
           
            So kau fall in love dengan budak umur tujuh belas tahun?”
            
            Fall in love ke tak aku belum pasti. Yang nyata aku suka dia dan Danish juga ingin bermamakan dia.”
             
           “Suka ke cinta samalah tu Luq. Masalahnya sekarang ni dia tu budak bawah umur,” tempelak Farid dengan jari telunjuknya naik ke atas.
           
           “Apa pulak bawah umur. Tahun ni dah lapan belas tahun dan aku tak kata aku nak kahwin dengan dia sekarang. Aku cuma dalam proses mengorat dia saja.”
             
            Farid mengurut dadanya. “Kuss lega semangat aku. Kalau tidak mahu mati terkejut aku dengan tindakan kau tu.”
           
           “Jadi kau serius nak pikat dia?” Soal Farid.
           
          Of course,” balas Luqman dengan optimisnya. 
           
          “Habis……budak tu suka kau ke tak?”
             
          “Ha…..itulah problemnya,” Luqman Hakimi melepaskan keluhan kecil. “Qistina Airisa tu jual mahal. Payah sikitlah kut……..”
            
          “Qistina Airisa? Cantiknya nama.  Mesti tuannya pun lawa. Kalau tak masakan kawan aku ni berkenan.”
            
           “Dia memang cantik………..Sopan dan pakai tudung,”  ujar Luqman dengan matanya melakar bayang Qistina Airisa di dalam kotak ingatan.  Ayu sungguh gadis itu dengan kening halus bagai diandam, matanya redup dengan bulu mata yang melentik.  Tambah lagi hidung mancung terletak seperti Izzara Aisyah.  Bibirnya pula merah asli bak delima merekah.
             
         “Tapi aku tak rasa korang sesuai,” bidas Farid yang tidak berapa setuju dengan gadis muda yang disukai sahabatnya.  Kacau Luqman berkhayal saja si Farid ni.  “Beza umur kau dengan dia lima belas tahun tau tak.”
            
          “Tak mustahil pun Farid andai itu yang telah ditentukan sejak azali,” kata Luqman Hakimi dengan yakin.  Benar siapa kita untuk menolak jodoh yang sudah tersurat.  Cuma masih awal bagi Luqman mengatakan yang Qistina Airisa itu tertulis di Luh Mahfuz untuknya.
            
          It’s up to you. Kau boleh cuba tapi janganlah berharap sangat. Jangan kau letak harapan yang terlalu tinggi nanti bila jatuh sakitnya tidak terperi,” Farid memberi nasihat.  Dia tidak yakin gadis semuda Qistina mampu menjadi isteri sahabatnya sekaligus menjadi ibu kepada Danish.  Dia juga merasakan yang Datin Rohani tidak akan bersetuju bermenantukan gadis belasan tahun.  Malah hanya mempunyai sijil SPM sahaja.
             
        Baginya Luqman Hakimi hanya dibuai mimpi.  Barangkali kerana terpaku dengan keayuan gadis belasan tahun yang pandai menjaga kanak-kanak di taska.  Kenyataannya Farid tidak bersetuju dengan ‘angau’ kawan baiknya itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Aku mundar-mandir di dalam taska.   Aku gelisah sebab aku semakin rimas dengan ‘mr widower’  itu.  Sekarang dah pukul lima petang.  Sekejap lagi si duda miang tu pasti datang untuk mengambil Danish.  Aku ni dah cuak benar dengan dia.  Kalau boleh tak nak jumpa dia.
            
         “Kak Isma, kejap lagi kalau Encik Luqman tu datang Kak Isma tolong bawa Danish ke kereta ya,” pinta aku pada Kak Isma.
             
          “Eh…eh kenapa akak pulak? Kan kamu yang selalu hantar Danish ke kereta. Yang sambut budak tu pagi-pagi pun kamu. Lagipun si Danish tu sukakan kamu.”
             
          “Kak Isma, please,” aku merayu.  Kedua-dua tangan bersatu dan kuletak ke dada sepertinya memerlukan pertolongan yang amat.  Dalam kepala ligat berfikir alasan yang terbaik untuk diberi nanti.
             
         Kak Isma pandang aku dengan pelik. “Kamu ni kenapa Qistina?”
           
         “Tak ada apa-apa kak. Saya cuma sakit perut,” dalih aku.  Ekspresi wajah untuk seseorang yang ada appendiks cuba aku lakonkan.
             
          Kak Isma mengerutkan keningnya.  Aku pandang ke lain dan pura-pura menggosok perut.  Perutku yang baik-baik sahaja.
             
        “Saya pergi toilet dulu.” Terkocoh-kocoh aku berlari ke toilet.  Ada gaya macam pelari pecut 100 meter.  Hehehe…biasalah acting kena lebih, baru orang yang kena tipu percaya.  Kata tadi berlakon ada appendiks.  Appendiks kena masuk tandas ke?  Lantaklah labu.  Biarkan si luncai terjun dengan labu-labinya.
           
         Aku berkurung dalam toilet lebih sepuluh minit.  Selepas itu aku keluar senyap-senyap macam pencuri.  Mengambil tempat di hujung sudut untuk mengintai sama ada Danish telah pulang dengan papanya atau tidak.
             
        “Dia balik dah. Tak perlu kau dok intai sangat. Lama Qis dalam toilet tadi. Sembelit ke apa?” Suara Kak Isma mengejutkan aku.  Kan dah kena perli.
           
         Aku tersengih bak kerang busuk.  Nasib baik mr widower tu sudah balik.  Ini bermakna aku telah selamat dari jangkitan gatal miang keladi.  Overnya kau Qis.  Encik Luqman tu tak sampai lagi tahap tu tapi kau yang tuduh dia begitu.  I don’t care because i do not like widower.
           
           Sebelum Encik Luqman itu berada di tahap bahaya menyukai aku lebih baik aku elakkan diri.  Apa orang kata lebih baik mencegah dari mengubati.
            
          “Dia suruh akak kirim salam kat cik adik manis yang bernama Qistina Airisa.”
           
          Gulp! Si duda tak sedar diri tu boleh sampaikan salam melalui Kak Isma.  Menempah maut apa dia tu.  Ini bermakna sudah terang lagi bersuluh dia mahu orang lain tahu yang dia sukakan aku.  Erk! Kirim salam je pun.  Bukannya suruh hantar flying kiss Qistina Airisa oi.  Gelabah tahap gaban kau ni.  Relekslah jangan emosi sangat.  Cool!
             
         “Waalaikumussalam,” balas aku perlahan sebelum pergi mencapai beg tangan.  Petang ini aku terpaksa pulang ke rumah dengan teksi.  Tadi Kak Ina cakap dia ada hal.  Jadi dia tak sempat untuk berkhidmat sebagai pemandu tak bergaji pada aku.


5 comments:

  1. Asalam uji.akak dh baca dri bab1 hgga 9.menarik dan akak suka...
    Kelakar la.ni novel romatik komedi ke ?.xsbar nk baca bab seterusnya.
    Klau dh d terbitkan pm akak k.tahniah ya.♡♡♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak Zah. Ya romantik komedi lah lebih kurang.
      Insyaallah uji akan war-warkan. Terima kasih kak.

      Delete