Feb 23, 2014

BAB 12 OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA




           Pagi ini aku tidak menyambut Danish seperti biasa.  Aku membatukan diri tatkala BMW hitam itu sudah menjalar di perkarangan taska.  Meskipun Kak Azmah sudah menyeringai pada aku namun aku keraskan juga tubuh aku.  Sehingga dia akhirnya surrender untuk turun sendiri menyambut Danish.  Aku dah tak kisah lagi apa tanggapan Kak Azmah pada aku.  Lagipun hayat aku di taska ini sudah tak lama.
           
          Aku nampak dari jauh seakan Encik Luqman itu mencari-cari kelibat aku.  Biar dia cari.  Selepas ni aku akan pastikan yang kau tidak akan berjumpa aku lagi.  Mr widower ...... l hate you! Sebab kau aku dengan Kak Ina berselisih faham.
            
        Usai mengajar kanak-kanak mewarna dan mereka leka dengan lukisan itu aku mendekati Kak Azmah.  “Maafkan Qis pasal tadi. Qis nak bagitahu Kak Azmah yang Qis hendak berhenti kerja.”
             
         Kak Azmah mengerdipkan matanya beberapa kali.  Entah apalah motif si gempal ini?  Mungkin itu tabiatnya jika dia dalam keadaan terperanjat.  Lagipun sebelum ini aku pernah tengok dia buat aksi mengerdipkan mata.  Argh! Itu tidak penting lagi.  Yang penting dia mesti memberi kelulusan untuk aku berhenti.
           
       “Kenapa nak berhenti tiba-tiba ni Qistina? Bukan ke hari tu cakap dengan akak bulan Disember baru nak lapor diri ke UITM?” Soal Kak Azmah dengan kaget.  Mesti dia tidak menyangka yang hari ini aku akan berhenti kerja.
             
       “Saya ada masalah keluarga,” aku berdalih.  Aku tiada alasan.  Mustahil aku hendak memberitahunya aku hendak berhenti kerja angkara mr widower itu.
           
      “Macam ni Qis. Kami akan cari pekerja baru tapi Qis kena stay lagi dalam seminggu. Susah kami nak handle budak-budak ni kalau tak cukup pekerja. Bahkan lagi budak-budak ni semua sukakan Qis.”
             
         Lemak manisnya kata-kata Kak Azmah.  Betul sangatlah tu semua budak sukakan aku. Aduh! Seminggu? Lamanya. Haruskah aku bersetuju atau angkat kaki begitu sahaja? “Lama tu Kak Azmah,” keluh aku.
            
       “Qis kalau ikut peraturan kena notis sebulan tapi memandangkan sejak awal lagi Qis sudah beritahu akak yang Qis nak bekerja sementara saja di sini, jadi akak tidak keberatan untuk lepaskan Qis awal.”
             
        Huh! Kak Azmah ni bercakap macamlah dia pemilik taska ni.  Walhal dia pun makan gaji macam aku.  Cuma yang special dia dapat amanah besar sebab dia anak saudara pemilik taska ini dan dia juga adalah senior di sini.
           
        Aku mengetap bibir.  Apalagi harus aku katakan.  Bersabarlah duhai hati.  Bersabarlah untuk seminggu ini.  Pejam celik, pejam celik pasti seminggu itu akan berlalu.
             
       “Boleh ya Qis?” Pinta Kak Azmah.
           
        Bibir aku mengukir senyum tawar.  Tiada madu untuk aku tambahkan dalam senyuman itu.  Hati aku bercampur-baur.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Awalnya Kak Ina masuk bilik malam ini.  Mentang-mentanglah hari ni turn dia.  Heish! Tak baik kau Qis.  Dasar otak kuning.
            
          Mungkin juga sebab dia masih marah dengan aku.  Masa makan malam tadi aku malulah nak memujuk Kak Ina sebab Abang Zaman ada sekali.  Lagipun abang ipar aku tu tak tahu apa-apa pasal perselisihan kami kelmarin.  Kak Ina pula mogok bercakap dengan aku.  Tua-tua pun nak merajuk.  Childish!
           
         Maraton kelmarin memang Kak Ina yang kalah.  Sudah adat antara kami bila kalah bermakna perlu mengalah tapi Kak Ina macam tak nak mengaku kalah.  Dia boleh buat derk dengan aku seolah-olah antara kami sedang berperang dingin.  Perang dunia ke berapa pun aku tak tahu sebab Kak Ina belum isytiharkan.
         
        Petang tadi pun aku balik dengan teksi.  Katanya nak beli barang basah sebab hendak masak special untuk Abang Zaman. Istimewalah sangat. Ketam masak lemak kuning, sayur campur dan siakap tiga rasa tu bukan special ke Qistina Airisa? Makan masa tau nak masak tu semua.  Kalau kat restoran siakap tu masakan paling glamour.  Ada aku kisah? Tak heran aku.  Yelah kau memang tak heran sebab kau tu tak pandai masak.  Setakat pandai buat telur dadar budak darjah satu pun reti.
             
       Siapa kata aku tak pandai masak? Kat kampung kan aku selalu tolong umi buat nasi lemak dan kuih-muih. Di tadika pun aku tolong Kak Azmah masak untuk budak-budak.  Saja je rumah Kak Ina malas tunjuk terror sebab Kak Ina memang suka memasak.  Belum pun aku masuk dapur dia dah siapkan semuanya.  Usia muda tidak bermakna aku juga muda dari segi hal ceruk dapur ini.
          
        Nanti kalau dah kahwin aku masaklah untuk suami aku.  Masak umpama master chef.  Kalah masakan hotel lima bintang dengan masakan aku nanti.  Kalau bersuami dengan mr widower tu macam mana pulak Qistina? Kau sanggup masak tak? Yarks! Mr widower tu? So sorry……..
             
       Tak apalah esok-esok sejuklah hati kakak aku tu.  Aku kenal sangat dengan Kak Ina tu.  bukan boleh merajuk lama-lama dengan aku.
          
        Itulah kau Qistina kelmarin bercakap over sangat.  Macamlah Kak Ina tu kawan kau.  Dia tu berbeza usia dengan kau dua belas tahun tau tak.  Agak-agaklah nak bercakap.  Hormati yang lebih tua.  Aku dinasihati diri sendiri.  Kalau umi tahu mahu aku dapat tazkirah tiga hari tiga malam.  Umi bukan boleh tengok kami bermasam muka.
         
         Masa kecik-kecik dulu kami kerap bergaduh tapi umi yang jadi penyelamat.  Umi tahu cara nak menasihati aku yang keras kepala ni.  Bak kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam.
           
        Kak Ina walaupun dia kakak ada masa juga dia tidak mahu mengalah.  Terutamanya bila dia rasa dia betul.  Dia akan mogok bercakap dengan aku sampai aku menegurnya kembali.  Huh! Jenuh juga aku menegur barulah angin puting beliung dia tu kembali normal.  Bukan senang dengan insan bernama Norina itu.
       
        Meskipun begitu aku sangat sayangkan dia.  Dialah kakak, dialah kawan dan dialah sifu aku.  Kami kan dua beradik saja.  Kami tidak dilahirkan dalam keluarga besar.  Bergaduh dan berbaik itu rencah dalam perhubungan kami yang akan menambahkan kenikmatan hubungan persaudaraan.  Kalau tiada pahit bagaimana kita ingin menghargai manis.  Betul tak? Berfalsampahlah pulak aku ni.
         
        Lama dah TV ni bercakap seorang diri.  Sama macam tuan yang menengok bercakap seorang diri juga.  Tapi aku bercakap dalam hati mana ada orang dengar.  Kalau mulut aku yang bercakap seorang diri alamatnya masuk hospital bahagialah aku.
            
       Tak mahu aku masuk hospital bahagia di saat usiaku sedang ranum.  Sama seperti aku tidak mahu usia ranum aku diberikan untuk si duda itu.  Uweks!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Luqman Hakimi merenung siling biliknya.  Terkebil-kebil matanya.  Danish telah lama tidur tetapi dia belum dapat melelapkan mata.  Teringat pula dia tentang bintang kasih sayang yang ditunjukkan Danish kepadanya.  Lalu balang bintang kesayangan itu dicapainya.
           
        Perbualannya bersama Danish tadi bergema di cuping telinganya.  “Papa cantik tak bintang kasih sayang Danish?” 
             
      “Cantik. Namanya bintang kasih sayang ya? Siapa yang bagi pada anak papa ni?”
          
       “Cikgu Qis. Setiap kali Danish mengikut arahan, jadi good boy cikgu akan bagi Danish bintang kasih sayang ni.”
             
      “Wow! Kalau macam tu banyaklah bintang kasih sayang anak papa lepas ni. Danish kan selalu good boy.”
           
      “Mestilah……Cikgu Qis buat sendiri tau papa…..khas buat Danish.”  Danish memberitahunya dengan bangga.  Dia sendiri kagum dengan bintang kertas yang dibuat Qistina.  Kreatif juga gadis itu.  Terharu pula dengan keprihatinan sang bunga hati buat anaknya.
          
       “Beruntunglah anak papa. Danish buat papa cemburu saja.”
           
       “Alaa…..papa ni dengan Danish pun nak cemburu. Nanti bila cikgu Qis jadi mama Danish papa suruhlah dia buat berjuta-juta bintang kasih sayang ni untuk papa. Camna? Deal?”
           
       “Hehehe…..anak papa ni lucu ya. Yalah deal.”  Hendak saja dia menambah yang Qistina tidak sudi pun untuk menjadi mamanya tapi demi kebahagiaan Danish dia tidak sanggup.  Cukuplah kata-kata itu bergempita dalam hatinya sendiri.  Mana mungkin dia mengoyak kegembiraan anaknya.
           
       Berbalik tentang gadis itu.  Hari ini Qistina tidak turun mengambil dan menghantar Danish kepadanya seperti biasa.  Barangkali gadis itu bercuti kerana dia tidak nampak kelibat Qistina di taska.  Mungkin juga kerana gadis itu mahu mengelak dari berjumpa dengannya.  Dia naik hairan kenapa Qistina begitu dingin terhadapnya.
             
       Aku ni pun satu kenapa boleh tersuka pada budak belasan tahun.  Gadis itu baru sahaja menamatkan alam persekolahannya tahun lepas.  Hujung tahun ni dia akan menyambung pelajaran.  Betul seperti yang Qistina kata yang aku harus ukur baju di badan sendiri.  Dia terlalu muda untuk aku.
           
        Qistina juga masih mentah untuk bercinta.  Dia juga belum matang untuk bergelar isteri mahu pun menjadi seorang ibu.  Aku benar-benar keliru dengan getaran perasaan aku.  Getaran yang aku tidak pernah rasa melainkan dengan bekas teman wanita aku dahulu semasa di United Kingdom. 
           
        Jantung aku yang berdegup setiap kali tiba di taska membuat aku jadi tidak keruan.  Sebolehnya mata ini ingin sentiasa menatap wajah comelnya.  Wajah gadis muda yang polos dan naïf.  Sayangnya Qistina terlalu sombong untuk melayan aku.
           
       Hati gadis itu umpama tembok batu yang gagal untuk aku tembusinya.  Kenapa Qistina membenci aku? Aku lengkap segalanya sebagai seorang lelaki kecuali aku lebih umur dan aku mempunyai Danish.
             
       “Ya Allah kalau Qistina Airisa itu tidak kau ciptakan untuk aku janganlah kau mekarkan cinta ini untuknya.  Kau layukanlah putik cinta ini sebelum ia berkembang,” Luqman Hakimi memanjatkan doa pada Yang Esa di dalam perdu hatinya.
           

8 comments:

  1. hee...cepatlah si luq ni ngorat cik qis kita ni...hee

    ReplyDelete
  2. Laa.skit sangat la uji... lga please?

    ReplyDelete
  3. prnh juga buat bintang guna pembalut hadiah dulu-dulu, msa zaman sekolah.. :)

    qis... jgnlah jual mahal sgt dgn en.luqman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute kan bintang tu. Ralit juga menggentelnya. Hehe...

      Delete
  4. Ala nak lagi la uji xpuas baca cepat2 sambung ya xsabar nak tunggu hati qis tbuka untuk luqman hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh lagi perjalanan Luq dan Qis ni akak. Hehe...

      Delete