Feb 17, 2014

BAB 11 OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA



Aku menggigit kuku.  Siaran Astro Mustika itu langsung tak menarik minat aku.  Aku gelisah memikirkan mr widower itu.  Sekali fikir menyesal pulak dengan kelancangan mulut aku.  Bukan menyesal takut dia ignore aku tapi takut duda itu akan berdendam dengan aku.  Aku tidak sanggup menjadi mangsa dendam seorang lelaki.

Nasib baik hari ini hari minggu jadi aku tidak perlu ke taska.  Dapatlah aku menyorokkan wajah ayu aku ni daripada dia untuk dua hari.  Dua hari? Sikit sangat tu.  Ada baiknya aku terus sembunyi untuk selamanya.  Senang hati aku tidak perlu memikirkan dia lagi.

“Kak Ina, Qis rasa nak berhenti kerjalah,” rungut aku yang masih menggigit kuku.

Kak Ina yang leka menonton mengalih fokus pada aku.  Kak Ina memandang wajah aku umpama mencari kepastian di situ. “Kenapa pula? Hari tu cakap nak berhenti bulan November.  Sekarang ni baru masuk bulan Oktober tapi Qis dah nak resign.”

“Qis nak balik tolong umi kat warung,” dalih aku.  Mana mungkin aku cakap kerana aku mendapat gangguan duda beranak satu.  Kalau gangguan seksual tu bolehlah direport ini gangguan perasaan saja. 

“Alasanlah tu. Cuba cerita pada kakak kalau ada masalah. Problem dengan siapa di taska?” Soal Kak Ina cuba peka dengan aku.  Aku tahu dia boleh menjadi pendengar dan penasihat yang baik.

“Tak ada masalah dengan sape-sape pun di taska……..cuma Qis rasa……Qis perlu berundur.”  Mendatar suara aku memberitahu Kak Ina.  Perlukah aku berterus-terang perkara yang sebenarnya?

“Kenapa Qis tiba-tiba nak berundur? Pelik pula akak ni. Takde angin, takde ribut tup-tup hari ini cakap nak berhenti kerja.”

“Qis rimas dengan seseoranglah kak.”

“Siapa? Mengapa Qis rimas dengan dia?”

Aku menelan liur.  Hendak tak hendak aku perlu beritahu Kak Ina.  Dia kan kakak aku.  Selama ni pun aku selalu berkongsi masalah dengan dia. “Bapa Danish. Sikap dia tu macam nak usha Qis.”

Terbuntang juga mata Kak Ina. Tak sampai lima saat dia bantai gelak pula.  Apalah Kak Ina ni…..

Aku mengerutkan kening.

“Ada juga orang nak mengorat adik akak. Ingat singa macam Qis ni payah nak laku,” dalam ketawa yang masih bersisa Kak Ina tergamak berkata begitu.

Uhuk! Uhuk! Singakah aku? Kalau kakak aku sendiri kata aku ni macam singa agaknya mr widower tu kata aku macam naga.  Hari-hari dia kena fire dari api buatan  yang keluar di mulut aku.  Api buatan tu kata-kata pedas bercili lagi panaslah.  Cuba letak kertas agak-agaknya terbakar tak?

“Kak Ina. I’m not lion.”

Hahaha…… memanglah awak bukan singa dalam erti kata sebenar tapi Qis tu garang macam singa. Akak ingat lagi masa kat warung Qis baling selipar pada Fuad yang cuba usha Qis. Tak pasal-pasal dia dapat sebiji telur atas dahi.”

“Siapa suruh gatal. Tak padan dengan tak hensem nak mengorat budak sekolah,” aku mendengus tatkala kenangan semasa di tingkatan empat itu menjelma.

“Ok berbalik pasal bapa Danish tu. Kenapa dia hendak mengorat adik akak……..bukan dia telah beristeri?” Tanya Kak Ina yang belum mengetahui tentang status Luqman Hakimi yang sebenarnya.

“Sebab dia tak ada isterilah Kak Ina yang dia nak usha Qis.”

“Wow! Duda rupanya. Hebat adik akak ni sampai lelaki berumur pun tangkap cintan,” sindir Kak Ina sambil bertepuk tangan.  Suka benar dia sampai bertepuk tangan bagai.

“Kak Ina!” Jerit aku.  Bukan nak bagi buah fikiran tapi disindirnya aku.  Tahulah adik dia nan seorang ini cute.

“Habis tu apa masalah Qis? Dia bukan suami orang pun,” balas Kak Ina.  Kak Ina ni kan small matter je pada dia.  Apakah dia menganggap dingorat duda itu itu bukan satu masalah?

“Kak Ina. The man is not my choice,” tegas aku menyatakannya.

“Sebab dia dah berumur dan ada anak?” Tanya Kak Ina apabila aku sudah mengatakan yang lelaki seperti Luqman Hakimi itu bukanlah lelaki pilihan aku.

“Yup! Sure sebab tu,” ujar aku dengan yakin.  “Meskipun dia pakai BMW sebelah mata pun Qis tidak akan pandang.”

“Orang kaya rupanya,” kata Kak Ina seraya menganggukkan kepalanya.  Anggukan kerana baru mengetahui yang Luqman Hakimi itu adalah orang berada.  Ermm… yang akak tengok hari tu?” Kak Ina menyoal untuk memastikan samada Luqman Hakimi adalah lelaki yang bersembang dengan aku tempoh hari.  Dia tidak silap kerana lelaki itu memang memiliki BMW.

Yelah….sape lagi…..” balas aku dengan menjuihkan bibir.  Aku langsung tidak goyah dengan kemewahan yang dimiliki lelaki itu.

“Kalau yang hari tu handsome. Tak nampak macam berumur pun,” puji Kak Ina.  Kakak aku ni dah angau pada dia ke? Siap puji hensem lagi.  Tapi betul ke tak nampak berumur? Kalau dipadankan dengan dia memang tak berumurlah tapi kalau dengan aku…….Huh! macam langit dengan bumi gamaknya.

“Kak Ina mr widower tu berbelas tahun beza usianya dengan Qis. Huh! Buat malu saja kalau Qis dengan dia. Lagipun Qis nak kejar cita-cita dulu. Menara gading pun Qis belum jejak.”

“Habis tu kalau hati dia dah suka apa kita boleh buat?” Boleh saja Kak Ina menyoal aku sebegitu.  Kalau dia jadi aku belum berperang pun dah mengaku kalah agaknya.

Aku mengeluh. “Sebab tulah Qis nak resign dari taska tu.”

“Kalau akak jadi Qis akak tak berhenti. Dah orang tu kacak.  Kaya lagi. Sempurnalah untuk jadi calon suami. So apalagi terima sajalah. Mana tahu lepas ni dia boleh taja Qis belajar sampai luar negara.”

Tengok kakak aku. Aduh! Ini bukan hendak mencari solusi tapi menyesakkan lagi otak aku yang sedia berserabut.  Jelas aku beritahunya yang lelaki itu bukan pilihan aku, boleh pulak dia cadang supaya terima.  Lepas tu siap berangan adiknya ini akan dibiayai pelajaran sampai ke oversea.  Apa kes Luqman Hakimi nak tanggung aku? Dia bukan siapa-siapa pun untuk aku.  Sekalipun kami couple aku tidak terdesak untuk meminta itu dan ini.

“Kak Ina jangan berangan okay!” Bentak aku.

“La……akak cakap kalau akak. Terserahlah pada Qis kalau nak reject dia……..tapi akak rasa Qis ni sudah menolak tuah.”

“Akak…….dia tu orang kaya. Berlambak perempuan nak kat dia. Entah-entah dia sengaja test Qis. Hendak permainkan budak belasan tahun macam Qis ni.”

“Itu akak tak pasti. Akak tak pernah bercakap dan bertemu dengan dia. Hanya Qis yang kenal dia. Qis sahaja yang boleh menilai ketulusan dia.”

“Lantaklah kak dia tu tulus macam mana pun. Qis berpegang pada prinsip. Sekali Qis kata Qis tidak akan terima duda sampai bila-bila pun Qis tidak akan terima. Bagilah seguni emas pun,” tempelak aku dengan perasaan benci yang membuak-buak.  Kalau boleh timbang perasaan benci tu rasanya sudah lebih sekilo.

Norina mengeluh.  Dia ralat.  Dia pun mati kutu dengan adiknya nan seorang itu.  Sejujurnya dia tidak kisah dengan apa jua keputusan Qistina.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Aku menarik dan menghembus nafas beberapa kali.  Kedingingan pagi menusuk ke tulang sumsum.  Aku dan Kak Ina sudah bersedia untuk memulakan riadah kami pagi itu.  Azfan pun masih tidur.  Lagipun Abang Zaman ada di rumah untuk menemani Azfan.
           
         Aku dan Kak Ina berlari-lari anak menyusur jalan. Aku melihat ramai juga yang berjogging pagi itu.  Baguslah dengan berjogging tubuh badan kita akan lebih sihat.  Elok beriadah untuk mengeluarkan peluh.  Lagipun alam yang terbentang di pagi hari ini memang indah.  Subhanallah….hebat ciptaanmu Ya Allah.
           
         Setelah dua puluh minit berlari aku dan Kak Ina tiba di sebuah taman di pinggir tasik.  Walaupun tasik itu tidak sebesar mana tetapi ia cukup menenangkan.
           
         Kami membuat regangan setelah berjogging.  Sedang aku termengah-mengah tunduk dan bangun kedengaran suara lelaki menegur aku.  “Qistina……”
           
        Suara yang aku paling hendak elak singgah ke gegendang telinga aku pulak pagi ini.  Keciknya dunia sampai boleh bertembung di tasik hari ini.  Dia juga berjogging.  Kemas dengan tracksuit birunya.  Hilang wajah seorang ahli perniagaan dengan pakaian sukan itu.  Tampak muda pula mr widower pakai baju macam tu.
           
        Aku tersenyum kelat pada Luqman Hakimi. “Kak Ina inilah bapa Danish,” aku memperkenalkan mr widower itu pada kakak aku.  Ketat saja muka aku di pagi yang nyaman ini. 
             
      “Luqman Hakimi,” dengan ramah dia memperkenalkan diri pada Kak Ina.
           
       “Norina,”  balas Kak Ina pula untuk sesi suai kenal itu.
           
        Mereka saling memperkenalkan diri tetapi tidak berjabat tangan ya.  Mana boleh berjabat tangan dengan bukan muhrim.  Haram bersentuhan lelaki dan perempuan.  Hukumnya berdosa.
            
        “Norina dengan Qistina duduk tak jauh ke dengan tasik rekreasi ni?” Tanya mr widower itu.
        
        “Ya Luqman. Dekat je dari sini,” jawab kakak aku dengan ramah. “Encik Luqman?”
    
        Hai rajin pulak kakak aku yang ramah mesra ni bertanya.  Apakah perlu dia beramah dengan mr widower tu? Bukankah semalam baru aku beritahu yang aku tak suka lelaki itu.  Cepat benar kakak aku tu lupa ingatan.
    
        “Saya jauh sikitlah dari sini. Dekat kawasan elit atas sana tu. Tadi saya menunggang basikal ke sini sambil menghirup udara pagi.  Kejap lagi baru nak mula jogging sambil tunggu kawan datang.”
    
        Huh! Panjang lebarnya jawapan encik duda ni.  Tak sampai sebaris soalan Kak Ina tapi tiga baris yang dijawabnya.  Konon nak tunjuk ramah depan kakak akulah tu.  Sangsi aje aku dia rela mengayuh basikal ke sini.  Ntah-ntah driver yang hantar, driver juga yang ambil.  Sinis sungguh pandangan aku pada dia.
            
       “Oh begitu,” kata Kak Ina sambil menganggukkan kepalanya.
           
        “Lepas ni boleh kita breakfast sama-sama,” ajak Luqman sambil matanya mengerling ke arah aku.
           
         Baru aku perasan hari ini dia tidak bermata empat.  Ya ke baru hari ini aku terperasan? Bukankah dua hari lepas dia juga tidak bermata empat.  Dia pakai kaca mata hitam selepas tu tanggalkan di depan aku.  Pakai contact lens agaknya.  Umur macam dia ni sah-sah mata sudah tidak berapa jelas.  Atau dalam erti kata sebenar rabun jauh.  Hehehe…. Tapi lebih baik dia tidak memakai kaca mata kerana dia akan nampak tua dalam versi kaca mata.
            
       “Apa salahnya kalau orang nak belanja.  Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari,” balas kakak aku tanpa bertanya kepada aku terlebih dahulu.  Alahai mesra alamnya.
           
        Aku mula tidak senang duduk umpama cacing kepanasan.  Semilir angin yang menyapa tidak mendamaikan aku.  Gelisah dibuatnya kerana kakak aku mula melayan mr widower itu.  Bukan cemburu tapi meluat.  Apakah kakak aku itu sudah terpana dengan kehenseman bapak Danish ni? Kak Ina oi sedarlah kau tu punya suami.  Kalau kau pun spesis widow aku sama sekali tak kisah.  Senang aku nak tolak encik duda itu padamu.
          
       Jari runcing aku segera mencuit pinggang Kak Ina beserta dengan wajah mencuka aku pamerkan.  Biar dia nampak yang aku tidak suka.  Aku menyampah dengan mr widower itu!
             
        “Kenapa Qis?” Soal Kak Ina seakan berbisik pada aku.  Aduyai! Apakah dia tidak perasan aku yang bagai kera kena belacan ni?
           
       Ya Allah kenapalah aku dapat kakak yang sengal macam ni? Adakah aku perlu terang-terangan menunjukkan depan dia yang aku tak suka Encik Luqman itu? Apakah bahasa isyarat aku itu tidak difahami dia? Tidakkah dia nampak yang wajah aku sudah masam lebih masam dari cuka? Kalau Kak Ina tidak nampak akan kemasaman itu silalah calitkan jarimu ke wajah aku dan rasalah sendiri adakah ia masam.  Kalau macam tu bukan masam Qistina oi tapi masin! Masin peluh kau tu.  Adess!
             
       “Sorry ya Encik Luqman. Saya dengan kakak saya sudah siap beriadah. Sekarang kami nak balik,” kata aku seraya menarik tangan kakak aku.
          
        Luqman Hakimi tidak berkata apa hanya memandang gelagat aku menarik Kak Ina menjauhinya.
            
         Nyaris terjatuh Kak Ina kerana aku menariknya dengan kasar. “Qis, lepaslah. Sakit tangan akak ni. Nasib tak tersadung,” marah Kak Ina.
          
        Aku melepaskan tangan Kak Ina apabila aku yakin yang kami telah berada jauh dari Luqman.  Kak Ina menggosok-gosok lengannya yang telah memerah.
           
       “Maaflah Kak Ina.”  Aku diburu rasa bersalah kerana aku telah menyakiti lengan kakak sendiri.
         
        “Kamu ni kenapa Qis? Dia tu bukannya harimau yang nak ngap kita sampai kena lari macam ni,
” bebel Kak Ina.  Telapak tangannya masih menggosok lengan kanannya.
           
        “Semalam Qis dah bagitahu akak yang Qis tak suka dia. Tapi hari ini bila kita jumpa dia boleh je kakak layan dia,” aku berleter pada kakak sendiri.
       
        “Dah dia tanya akak jawab.” Mak ai senang bebenor jawapan Kak Ina.  Kalau macam tu jumpa perompak tengah jalan yang pura-pura bertanya kena jawablah.  Sebab ikut statement orang dah tanya kita jawab.
       
      “Habis tu kenapa akak ringan mulut je nak terima pelawaan dia tanpa tanya Qis dulu?” Aku menengking.  Sudah hilang hormatkah aku pada Kak Ina?  Apa kena dengan aku ni? Berang semacam….
       
      “Akak tak nak bertegang leher dengan Qis sebab dia. Terus-terang akak cakap kita tiada sebab untuk sombong dengan dia. Akak juga tak nampak sebarang kekurangan pada dia untuk berkawan dengan kita. Kalau Qis membenci seseorang jangan paksa akak untuk benci juga.”
          
       “Kak Ina baru jumpa dia hari ini. Baru sahaja bercakap dengan dia dan dengan mudah menerima pelawaan dia. Kalau begitu sinonim ramah untuk akak itu salah. Akak akan membahayakan diri sendiri kerana mudah percaya pada orang yang baru dikenali.”
           
         Kak Ina menggigit bibir.  Aku pula mengetap gigi.  Mata kami saling berlawan. 
           
         Kak Ina merengus kasar dan tanpa mengajak aku dia berlari laju.  Kali ini bukan dalam versi jogging tapi versi acara marathon peringkat kebangsaan.
           
         Perlukah aku untuk berlumba dengannya?  Zaman sekolah dahulu kami kerap bertanding lumba lari.  Saat kami bercakaran berebutkan sesuatu, Kak Ina akan mengajak aku bertanding berlari.  Sesiapa yang kalah di antara kami bermakna perlu mengalah.  Itulah syarat yang ditetapkannya.  Kata Kak Ina itu jalan penyelesaian terbaik dan aku mengikut sahaja kehendaknya kala itu.
            
         Kalau begitu marathon kali ini aku tidak boleh kalah!
           


No comments:

Post a Comment