Jan 20, 2014

Resepi singgang ayam


Singgang adalah antara menu popular di negeri Kelantan.  Ikan dan daging singgang adalah masakan ringkas tetapi sedap.  Juadah ini mampu menggugat selera kala dihidang panas-panas.  Boleh kecur liur dibuatnya.

Di sini saya mahu berkongsi resepi singgang ayam.  Biasanya ayam digulai, dimasak tomyam atau pun dibuat sup.  Saya biasa memasak masakan ini kerana ianya amat mudah.  Apa orang kata main campak jer.  Hehe.......

Okay untuk memasak semestinya perlu ada bahan.  Bahan-bahannya adalah ayam yang dipotong kecil, tiga ulas bawang merah, seulas bawang putih, lengkuas, sedikit halia, satu batang serai, satu asam keping, dua biji cili api dan secubit ketumbar.  Ketumbar ni kalau di Kelantan kami panggil rempah.

Bawang merah, bawang putih dan halia saya mayang halus.  Lengkuas tu saya potong kecil-kecil.  Ketumbar pula ditumbuk.  Cili padi dipotong serong.  Manakala serai perlu diketuk.  Lepas tu semuanya saya campak sekali bersama ayam.  Air pula saya tak sukat ikut kehendak sahaja mahu kuah sebanyak mana.  Garam dan sesudu kecil gula perlu dimasukkan.  Selepas menggelegak seketika ianya sudah boleh diangkat.

Hai macam tak pass saja saya kongsi resepi ni.  Ahaks! Ini resepi orang malas.  Kui....kui....kui...

Apa pun siapa yang berminat boleh cuba.  Memang sedap.  Kuahnya pun enak dihirup.  Selamat berjaya......



6 comments:

  1. setakat ni belum pernah masak singgang sendiri.. makan tu selalu lah :) hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros cubalah. Mana tahu lebih sedap dari uji. Hehe ..

      Delete
  2. resipi mudah ni. selalu buat singgang ikan. salam ukhwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah juga Nani. Terima kasih sudi komen disini.

      Delete
  3. Sedapnya dengar singgang. Tapi tak pernah rasa singgang ayam lagi. Kat rumah selalu buat singgang ikan je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kgee dah bagi resepi. Jadi apa kata Wan cuba. Hehe...

      Delete