Jan 13, 2014

Kangkung popular hari ini


Hari ini dalam facebook heboh pasal kangkung.  Ramai sekali rakan-rakan  up status pasal kangkung.  Nampaknya sayur kangkung sudah popular berbanding makanan lain.

Kelakar pula melihat gambar burger di mana daging ayam digantikan dengan kangkung.  Ada juga gambar kangkung diletakkan bersama minum petang.  Gambar crepe kangkung pun ada juga.  Macam-macam rasa diluah dan pelbagai komen dapat dibaca.  Tak kurang yang turut berkongsi pelbagai resepi masakan berasaskan kangkung.  Alahai kangkung......

Kangkung adalah tumbuhan yang mudah ditanam.  Dalam parit kangkung hidup begitu subur.  Tanam belakang rumah pun mudah saja ia membesar.  Kangkung oh kangkung.......

Melalui encik google saya mengetahui tentang khasiat kangkung.  Antaranya ia mampu melawaskan pembuangan air kecil, mengelakkan sembelit dan menghilangkan mual bagi wanita hamil.  Air rebusan dari daun kangkung yang segar mampu menghilangkan sakit kepala.  Manakala akar kangkung boleh digunakan untuk merawat gusi bengkak dan gigi yang sakit.  Justeru itu jangan kita pandang rendah pada tumbuhan yang makin 'glamour' ini.  Hehe...........

Memandangkan harga kangkung telah turun elok benar sayuran ini kita jadikan sajian.  Kangkung goreng belacan, kangkung tumis ikan masin, sayur lemak kangkung.  Semuanya pasti membangkit selera.  Bikin 'jemput malas' pun sodap.....

Ok sekian.

4 comments:

  1. Kangkung mmg favourite saya cuma x berapa bagus utk org2 yg selalu sakit sendi kan....apalah rasanya crepe kangkung ehhh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah. Mahu muntah hijau makan crepe kangkung. Huhu...

      Delete
  2. Kangkung sudah menjadi TREND sekarang . Femes kangkung . huhuhu . Yang kelakar bila ada orang buat gambar troll kangkung . Huhh, macam-macam :3

    ReplyDelete