Jan 14, 2014

JANUARI yang indah


Januari yang menjelma telah menambahkan lagi usia perkahwinan yang terbina. Alhamdulillah 12 Januari yang telah berlalu menjadikan mahligai kami genap lapan tahun.
 Begitu laju masa memecut menambahkan usia namun kasih tetap utuh tidak terhakis. Semoga cinta sentiasa dalam keberkatan-Nya.......

Ramai juga teman-teman yang turut meraikan ulangtahun perkahwinan pada bulan Januari.  Tahniah kepada semua pasangan yang sentiasa berbahagia.

Gambar di atas adalah gambar lama.  Gambar pada Ogos 2007.  Gambar ini diambil semasa majlis graduasi di Politeknik Kota Bharu.  Yang istimewanya kami masih di alam bulan madu pada ketika itu dan saya juga sedang hamil cahaya mata pertama. Sungguh nostalgia.......

"Manisnya kenangan lalu pasti tersisip pahitnya badai.  Teruskan melangkah mengharung segala dugaan mendatang.  Ikatan yang berpadu sama kita doakan biar kekal sehingga ke akhirat sana......"  Amin.





6 comments:

  1. Tahniah Uji...didoakan kekal hingga ke akhir hayat...insyaallah..amin ;)

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Kiera membuat kunjungan kembali . Terima Kasih kerana sudi follow blog saya. Happy berblogging ye, kiera follow ke 41 :D

    psst : semoga kekal hingga ke akhir hayat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kiera. Selamat bersahabat....

      Delete