Jan 11, 2014

Curi-curi Cinta


Seminggu dua ni mood menulis saya ke laut.  Mungkin disebabkan badan tak sihat dek kena demam.  Jadi saya berehat dengan membaca beberapa biji novel.

Novel curi-curi cinta ini adalah novel ketiga karya Siti Rosmizah yang pernah saya baca.  Ternyata novel ini memang menarik.  Tepat seperti dijangka novel-novelnya pasti membuatkan saya mengalirkan air mata.  Tahniah buat penulis.

Kadang-kadang saya terfikir bagaimanalah beliau boleh menghasilkan novel setebal 1165 muka surat ini.  Novel tebal namun tidak membosankan.  Kalau novel saya terbit nanti mungkin ketebalannya separuh daripada ini sahaja. Huhu......

Bagus sekali cerita yang digarapnya.  Ia mampu memberikan keinsafan kepada pembaca.  Jarang rasanya nak jumpa heroin yang jahat di dalam  novel tetapi dalam curi-curi cinta kita menemuinya.  Bahkan kita akan sebak tatkala menghayati kehidupannya setelah dia berubah menjadi baik.

Rasanya selepas ni saya perlu dapatkan lagi karya dari novelis hebat ini :-)

7 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Linda buat Uji terharu je. Uhuk2...

      Delete
  2. semoga cepat sembuh dari demam tu.. nampak menarik novel itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aiza. Ya memang menarik. Sebenarnya tak rugi memiliki karya dari novelis yang berkualiti.

      Delete
    2. aiza dah jarang-jarang membeli novel..

      Delete
  3. Uji dah baca novel ni ..... akak belum gi ...
    akak ada beli bovel ni tetapi dah hilang belum sempat baca lagi ... sedih sangat ....
    Insyaallah akan memiliki novel ni semula ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya hilang. Dahlah novel ni mahal....

      Delete