Jan 15, 2014

Bungkusan dari abang posmen


Alhamdulillah yang ditunggu tiba jua di depan mata.  Taraaa.......inilah isi yang dimuntahkan daripada bungkusan yang dihantar oleh abang posmen.  Hik...hik....

Yang di sebelah kiri tu adalah sijil dari Dewan Bahasa Dan Pustaka wilayah timur.  Tidak kisahlah meskipun hanya mendapat sijil.  Sekurang-kurangnya saya telah beranikan diri untuk menyertai sayembara cerpen itu.  Saya sedar ilmu saya masih cetek dalam dunia penulisan.  Ia perlu diasah dan diasah.  Yang penting jangan putus asa.

Sijil sebelah kanan dan trofi di sudut kiri itu pula dari I Luv Novel. Saya telah mendapat tempat kedua bagi penulisan kreatif tentang novel.  Hadiah ini sepatutnya saya terima di Jitra Kedah namun dek kerana jauh jaraknya saya tidak dapat menghadirkan diri ke karnival novel itu.  Jadi melalui khidmat abang posmen ianya selamat sampai kepada saya.

Kesimpulannya seronok dapat menyertai apa jua pertandingan walaupun tidak menang tempat pertama.  Sijil-sijil ini tetap bermakna buat saya :-)


2 comments: