Jan 6, 2014

13 Jam A380


Saya seorang penulis baru tetapi dalam masa yang sama saya juga seorang pembaca novel.  Bukan novel saja sebenarnya saya minat baca tapi pelbagai bahan bacaan lain pun saya minat. Ahaks!
Apa kes pulak saya letak tajuk novel Evelyn jadi entry saya? Jangan marah ya Eve bukan nak tumpang populariti tapi lantaran terlebih suka pada novel ini.
Novel ni bukan hanya kisah cinta semata tapi sarat dengan ilmu.  Pengisian rohani ada di dalam naskah ini.
Tak rugi saya beli dan jadikan koleksi di gerabak saya.
Jatuh kagum saya dengan pengetahuan dan pengalaman yang dititip oleh penulis lulusan PHD ini.
Saya petik sedikit bingkisan di dalam novel ini.  "Allah hantarkan manusia ke dunia untuk berjuang. Kalau penat kita lawan, kalau sedih kita hilangkan, sakit kita tahan. Hinggalah satu tempoh yang dia sudah putuskan untuk menarik kita dari dunia ini. Menghilangkan segala kesusahan, kesedihan, kepalsuan dunia dan menggantikannya dengan indahnya akhirat yang kekal.
Saya suka kata-kata semangat ini. Namun banyak lagi kata-kata yang meruntun hati saya dalam novel setebal 752 muka surat ini.
Bagi yang belum membaca karya kedua Evelyn Rose ini bolehlah dapatkannya. Kemain saya mempromosikan karya orang. Hehe....almaklumlah karya sendiri belum diterbitkan lagi. Huhu.....Sekian.

5 comments:

  1. akak geng Fawwaz sebenarnya....
    bila sekali baca akak kecewa bila Hana kahwin dengan Haydar.
    bila baca kali kedua ok terima takdir haydar jodoh Hana
    bila baca kali ketiga Ya Allah romantiknya Hydar.....

    ReplyDelete
  2. Wow akak baca sampai 3x...tapi kalau uji pun rasa nak baca banyak kali. Hehe....Uji kuar air mata sendiri masa baca surat Fawwaz untuk Hana. Pedih sangat. Huhu selayaknya Haydar dapat penumbuk tu kan kak?
    Hari ni baru nak baca first novel dia The wedding breaker. Rasa jatuh cinta je dengan karya ore kelate ni....

    ReplyDelete
  3. menarik itu.. sudah lama tidak membaca novel.. selalu membaca cerpen sahaja sekarang ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni sesuai sangat dibaca Aiza. Penulis membawa kita kepada mesej mengenal dan mencintai Allah. Sesungguhnya ilmu yang baik itu perlu dikongsi.

      Delete
  4. Masa pertengahan baca novel nie sya ingat Hana ngan Fawwaz tapi hati sya brkata tajuk 13 jam means Hana mesti dengan Hydar...Sya suka watak fawwaz...romantik n caring...Hehehe..

    ReplyDelete