Dec 17, 2013

Manuskrip Novel

Oops! Suami Aku Bukan Duda ini adalah manuskrip novel kedua yang Uji hasilkan selepas Biasan Cinta Semalam.  Manuskrip ini sudah lulus ujian penilaian di syarikat Penerbitan Love Novel.  Hanya menunggu masa untuk dicetak dalam bentuk novel.

Erm….seperti biasa kita berkenalan dahulu dengan cerita ini.  Uji akan bercerita sedikit tentang sinopsisnya.



Kisah seorang gadis yang bernama Qistina Airisa.  Bekerja di taska untuk mencari pengalaman dan wang demi menyambung pelajaran.  Dia dilema kerana didekati seorang bapa kepada pelajar taska di bawah jagaannya.  Cinta yang dihulur lelaki itu ditolaknya kerana dia masih muda. 
Namun Luqman Hakimi tidak berputus asa untuk memiliki gadis itu.  Qistina berhenti kerja kerana tidak mahu terus diganggu Luqman Hakimi.  Dia menyambung pelajaran namun dia sama sekali tidak menyangka yang uminya telah menerima pinangan dari Luqman Hakimi.  Qistina berasa tercabar dan memarahi Luqman Hakimi.  Dia tidak mungkin mengahwini seorang duda dalam usia yang masih muda.

Qistina cuba menjalin hubungan cinta dengan rakan sekampus walhal dia telah menjadi tunangan Luqman Hakimi.  Namun hakikatnya dia tidak mencintai lelaki itu.  Dia cuma mahu Feroz menjadi penghalang kepada Luqman Hakimi.

Luqman Hakimi meminta keluarga Qistina mempercepatkan perkahwinan mereka walaupun dia tahu Qistina belum habis belajar.  Pelbagai helah yang dilakukan oeh Qistina supaya dia tidak dikahwinkan dengan lelaki yang berstatus duda itu.  Namun dia tidak boleh lari kerana itu adalah wasiat terakhir dari uminya.

Qistina kecewa dan menjeruk rasa. Dia benar-benar malu kerana perlu bersuamikan seorang duda.  Dia juga telah dihimpit permainan cintanya terhadap Feroz.

Bagaimanakah Qistina Airissa menghadapi Feroz dan bagaimana pula dia menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada Luqman Hakimi iaitu lelaki yang telah dianggap ‘duda’ olehnya?

Sama-sama kita terokai pengakhiran cinta Qistina Airisa.


8 comments:

  1. Salam ziarah.
    Tahniah sebab novel bakal diterbitkan. :)
    Mesti rasa gembira sakan.

    p/s: Saya belum pernah merasai kegembiraan macam tu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wan. Alhamdulillah kgee gembira sangat. Bahagia bila ada penerbit yang sudi untuk menerbitkannya.

      Delete
  2. Bila nak keluar novel nih?..... x sabar nak baca

    ReplyDelete
  3. Belum dapat date lagi tapi Insya-Allah tahun ni :-)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Fariza sudi mendarat di sini. Nantikan kemunculan novel ini di PBAKL ya...

    ReplyDelete