Dec 19, 2013

Gulai Siput Sedut



- Siapa pernah makan gulai siput sedut? Di Kelantan menu ni cukup popular tapi di negeri lain saya tak pasti.  Lagipun siput sedut ni bukan semua tempat ada.
- Masa kecil-kecil saya pernah cari siput ini di sawah tapi sekarang kalau nak makan kena beli kat pasarlah.  Dulu satu plastik siput sedut mentah boleh dibeli dengan harga RM3.00 tapi pada zaman semua barang naik ni RM5.00 dah. Huhu... Mahal pulak rasanya.  Yalah bukan banyak mana pun bilangan siput tu dalam satu plastik.  Saya tak pasti berapa gram sebab peniaga jual yang dah siap packing macam tu.
- Bila sudah masak dapatlah dua mangkuk.
- Mudah sangat buat gulai siput ni.  Kunyit, bawang putih, bawang merah, cili dan daun kadok. Andai ada bau hanyir boleh dimasukkan sedikit halia. Jika daun tersebut sukar diperolehi boleh juga digantikan dengan daun kesum atau daun limau purut.
- Biasanya gulai siput sedut ni sedap diratah begitu sahaja.  Boleh saja hendak makan bersama nasi tapi lambatlah sedikit memandangkan isinya perlu disedut.
- Menu ini telah menjadi kegemaran suami dan anak sulung Uji.

6 comments:

  1. akak tak pandailah makan siput sedut...kalau masak pun tuk anak n suami je heee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak Ozie. Uji masak tapi makan sikit saja. Kalau suami semangkuk tu kejap saja sedut.

      Delete
  2. Dalam keluarga saya, cuma adik yang paling berjaya makan siput sedut. yang lain makan sikit... lepas tu putus asa. Heheh. sakit mulut nAK SEDUT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Wan kan. Kgee pun tak pandai sedut. Tapi bagi yang terror makan sampai tak ingat. Hehe...

      Delete
    2. Aah. Geram tengok adik saya yang sedut penuh nikmat. Padahal kita yang lain... terseksa. Haha.

      Delete
    3. Hehe..... tp klu belitung senang pula nak sedut kan?

      Delete