Dec 25, 2013

Bab 3 OOPS! SUAMI AKU BUKAN DUDA




Rutin pagi-pagi aku kat taska adalah menyambut bayi dan kanak-kanak yang dihantar ibu bapa mereka.  Seawal jam tujuh pagi lagi aku harus berada di taska.  Mula-mula kerja dulu kemain aku mengeluh sebab terpaksa bangun awal pagi. 

Semasa di kampung aku liat juga nak bangun awal.  Biasanya sekitar pukul 6.30 pagi baru aku mencelikkan mata.  Kalau aku tersedar awal pun, aku akan peram sehingga jam loceng aku berdenting pada pukul 6.30 pagi.  Umi selalu marah sebab lepas tu aku akan kelam-kabut untuk berkejar ke sekolah.  Itulah Qistina Airisa yang suka buat kerja last minute.  Bila awal terasa awal, bila masa sudah semput baru nak gelabah tak tentu hala.

Alamak Danish dah sampai dengan bapak dia.  Buat senaman muka sikit pagi-pagi ni biar orang nampak kita ni berseri-seri.  Mereka nak tinggal anak pun senang hati.  Cuba kalau buat muka orang tak cukup tidur mahu mereka cari taska lain.
  
Tulah kau Qistina malam-malam suka tunggu TV.  Padahal TV tu bukannya ada kaki nak lari ke mana-mana cuma siarannya saja yang bertukar.  Bab siaran tulah yang aku tak tahan.  Kat kampung mana ada Astro jadi tak banyak cerita menarik.  Tapi kat rumah kakak aku ni ada 'kuali' atas bumbung tu.  Apalagi aku ambillah peluang itu.  Menonton movie yang best-best, yang heronya ganteng-ganteng kata orang indon.  Hehehe…….

“Cikgu…cikgu…cikgu…”

Apa hal minah ni pagi-pagi dah berangan.  Siap gerakkan muka ke atas dan ke bawah buat senaman.

“Ya…saya,” balas aku sedikit gugup.  Gugup bukan sebab hati dah terjatuh tau tapi sebab control ayu.  Bimbang dikata aku ni hanyut entah ke mana.

“Cikgu fikir apa?” Soalnya.

Boleh bapak Danish ni tanya aku macam tu.  Kenapa dia rasa aku ni tengah fikir masalah negara ke? Aku ni bukannya menteri bapak Danish oi nak fikir itu semua.  Aku ni tengah fikir betapa bestnya semalam dapat menikmati drama bersiri yang ada Fahrin Ahmad.  Uhuk….uhuk…..tak sabar aku nak tengok next episode ini malam.

Apabila soalannya tidak aku jawab dia mencapai beg Danish untuk diberi kepada aku.  “Cikgu, ni beg Danish.”

Aku menyambutnya. “Ok.”

“Cikgu nak tanya sikit boleh?” Si penyoal meminta izin untuk bertanya. Dah nak tanya, tanya jelah bapak Danish oi.

“Nak tanya apa erk?” Balas aku berbasa-basi sahaja.

“Cikgu ni nama apa?” Kelasnya soalan.  Soalan macam budak main pondok-pondok.

“Cikgu Kistina Airisa papa,” si kecilnya tolong menjawab.  Jimat air liur aku.  Walaupun Danish pelat utuk menyebut ‘Q’tapi tetap bunyi Qistina kan.

Ooo…...” kendur bunyi suara Luqman Hakimi.  Mungkin kerana soalan yang dia tuju pada aku tetapi telah dijawab anaknya sendiri.  Tulah macam tak ada soalan lain nak tanya.  Setakat hendak tahu nama aku baik kau tanya Danish di rumah.  Semestinya dia tahu nama cikgu kesayangannya ini.  bukannya Danish tu bayi empat bulan sampai tak reti nak sebut nama aku.

Eh….jap….kenapa pulak bapak Danish ni sibuk hendak tahu nama aku.  Penting ke untuk dia tahu nama aku?  Penting kut…..penting apa seorang bapa tahu nama pengasuh.  Nanti senang dia nak cakap kalau ada yang bertanya.  Tapi masalahnya aku pengasuh di nursery bukannya pengasuh di rumah yang jaga anak dia seorang.  Alahai apasal dengan aku ni? Soalan yang tidak seberat mana tu habis berat aku fikir.

Ermm……cikgu umur berapa ya?” Luqman Hakimi teragak-agak untuk bertanya.  Mukanya nampak confius seolah-olah berfikir sendiri samada betul atau tidak soalan yang dilontar pada aku.

Apa kes pulak dia ni nak tahu umur aku bagai?  Aku mula terasa pelik bila bapa kepada budak jagaan aku pagi ini banyak mulut dan masa untuk menanyakan aku macam-macam soalan.  Macam-macam ke Qistina? Bukankah baru dua soalan itu pun soalan pertama telah dijawab oleh anaknya.

“Perlu ke seorang bapa kepada penghuni taska ini tahu umur pekerja nursery ni?” Tanpa menjawab soalan darinya aku tanpa meminta izin menyoalnya begitu.

Air muka Luqman Hakimi kelihatan berubah.  Dia mati kata.  Diserbu darah panas ke muka buat dia malu sendiri.

“Saja hendak tahu. Maklumlah cikgu kan orang baru. Lagipun sebelum ni memang saya selalu bertanya umur pekerja nursery ni.” Luqman Hakimi berlagak control hensem.

Aku tertawa kecil.  Terasa asing kata-katanya itu.  Kalau koranglah kan logik ke begitu? Entah apa-apalah bapak Danish ni.  Buang tabiat ke apa? Sebelum dia sibuk-sibuk nak tahu umur aku lebih baik dia balik tanya bini dia hendak makan apa pagi ni.  Bolehlah breakfast suami isteri.

“Cikgu…….jomlah……,” ajak Danish yang sudah mula kebosanan dengan drama aku dan bapanya.

Aku memaut bahu Danish mesra. “Jom.”

Luqman Hakimi terkulat-kulat melihat aku berlalu masuk ke taska dengan anaknya.  Biar dia tahu aku tak suka suami orang yang menggatal.  Sudah bertitle suami dan bapa tu buatlah cara sudah ber’title’.  Tidak perlu untuk meng’usha’ mana-mana anak dara seperti aku.  Huh! Betul ke dia sedang meng’usha’ aku tadi? Bukankah dia sekadar bertanya umur.  Cepatnya kau ni buat konklusi sendiri Qistina.

Aku mengintai di balik tetingkap.  BMW milik bapa Danish telah pun menderum pergi.  Tiba-tiba terbit rasa bersalah pula di hati ini.  Bukan rasa bersalah sebab jual mahal tapi bimbang dikata aku ni tidak mesra pelanggan.  Wei Qistina kau ni bukannya kerja di kaunter pembayaran nak kena smile 24 jam.  Tak ada maknanya mesra pelanggan kau tu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            Luqman Hakimi menghenyakkan punggung ke kerusi empuk di dalam pejabatnya.  Dia teringatkan cikgu yang menjaga Danish di taska.  Sikap selamba gadis itu menggeletek hatinya.  Nasib baik ketawanya tidak meletus di depan cikgu muda itu.
          
          Berapalah umur dia agaknya? Tanya umur pun dah jual mahal belum lagi aku tanya tinggal kat mana, dah ada pakwe ke belum..….
           
          Gulp! Pakwe? Buat apa aku nak tahu dia ada pakwe ke tak? Aku bukannya nak mengorat dia pun sekadar hendak tahu tentang dirinya.  Dia kan cikgu kesayangan anak aku.  Tapi masalahnya dengan pekerja taska lain sebelum ni tak pula mulut aku gatal nak bertanya.  Aiseyman!
          
            Entah kenapa aku rasa Qistina Airisa tu mempunyai sesuatu keistimewaan.  Keistimewaan yang aku sendiri tidak pasti.  Aku bagaikan ditarik suatu kuasa untuk mencari keistimewaan gadis itu.  Keistimewaan yang mungkin tidak aku temui pada gadis-gadis di kota metropolitan ini.
          
         Qistina Airisa gadis berbaju kurung juga bertudung.  Dia bukan gadis yang membuka aurat.  Dia nampak begitu sederhana.  Wajahnya bersih tidak dicalit mekap.  Dia selamba dan bersahaja dalam berbicara.  Jelas gadis itu tidak hipokrit.  Dia tidak menyembunyikan dirinya yang sebenar.
           
         Pada pandangan Luqman gadis seperti Qistina seperti jinak-jinak merpati.  Tidak mudah sebenarnya gadis sebegitu untuk didekati.
          
        “Tok! Tok! Tok!” Pintu bilik Luqman diketuk sekaligus mematikan monolog sendiri Luqman Hakimi.
           
           Dia tersedar dan cepat-cepat memberikan arahan. “Masuk.”
           
         Terjongol kepala setiausahanya. “Encik Lukman, Datuk Khalid dah sampai.”
         
        “Ok. Awak suruh dia masuk,” balas Luqman Hakimi.  Baru dia terlintas yang dia mempunyai mesyuarat dengan lelaki separuh abad itu.
           
        “Baik encik,” jawab setiausahanya sebelum berlalu.
        
          Now……Luqman Hakimi masa untuk bekerja.  Sila berikan perhatian kepada discussion tu sekejap lagi.  Jangan sampai terlepas projek dengan Datuk Khalid pula.
          
         “Cik Qistina Airisa sila keluar dari minda saya ya.  Jangan ganggu saya untuk seketika,” Luqman Hakimi lagaknya memberi arahan kepada Qistina walhal arahan itu untuk dirinya sendiri.
          
         “Baik bapak Danish,” umpama terdengar bisikan itu.  Serta-merta bibirnya membiratkan senyuman tipis.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

            “Boleh kita sambung soalan pagi tadi?” Tanya Luqman Hakimi sewaktu dia datang untuk mengambil Danish di taska. 
            
            Ya Allah mamat ni.  Sempat lagi.  Dahlah dia penjaga yang paling lewat datang ambil anak petang ni tapi nak juga dia bangkitkan soalan pagi tadi.  Mentang-mentanglah soalan dia tu belum diberi jawapan oleh aku ni pagi tadi.  Kuat benar ingatan si mata empat ni.
          
          “Maaf encik taska dah nak tutup. Jika ada soalan berbangkit rasanya kita sambung minggu depanlah ya,” balas aku dengan senyuman sinis.
            
         “Minggu depan tu lambat cikgu. Soalan ni kalau dibiarkan tertangguh tanpa jawapan memang tiada penyelesaiannya. Harap cikgu dapat memberi pertimbangan.”
           
        Uih! Kelasnya dia ni susun ayat.  Agak-agaknya kertas Bahasa Malaysia masa SPM dia dapat A+++.  Aku ni BM dapat A- saja tau.  Huhuhu sedih.  Mungkin SPM tahun dia senang.  Tengok dia ni kan dah berumur bermakna SPM dia dah lama berlalu.  Format pun tak sama dengan format SPM aku tahun lepas.  SPM sekarang lagi susah kau tahu tak Encik Luqman.
            
          “Apa yang kau melalut ni Qis?” Aku dimarah oleh hatiku sendiri.
           
          “Boleh ke cikgu bagi pertimbangan?” Pinta Luqman Hakimi sekali lagi apabila aku belum berkutik.
           
        “Boleh…boleh….Sila ulang soalan old version awak yang pagi tadi tu. Saya ni pelupa orangnya,” tutur aku dengan muka seposen.  Aku yang kuat ingatan ni sanggup mengaku nyanyuk.  Biasalah ‘acting’ kan.
            
         “Kuat makan mangga muda ke apa cikgu ni? Soalan yang masih panas-panas pagi tadi tu boleh lupa,” sindir Luqman Hakimi.
           
          Aduh! Kali ni aku yang terkena.  Pandai rupanya dia main ayat perli ingat aku je yang ‘master’.  Kau ingat aku ni bunting ke nak lahap mangga muda?  Aku tahulah orang yang kuat makan asam akan mudah jadi pelupa tapi tak payahlah sindir aku macam tu.  Bukannya dia pernah tengok aku makan mangga muda pun.
           
        “Saya tak suka mangga mudalah. Saya suka mangga yang telah masak. Yang manis,” sedikit tegas aku tuturkan.  Mood geram sudah melanda.
             
       “Oh suka mangga manis. Nanti esok saya tolong belikan. Nak berapa kilo?” Soalan yang sudah keluar dari topik asal sengaja diaju Luqman Hakimi.
           
        “Tak apalah encik terima kasih. Ambil beg anak encik ni. Saya sudah hendak pulang. Jumpa lagi minggu depan.”
             
       “Kut ya pun jawablah dulu umur cikgu berapa,” ujarnya dengan kaget kerana terpaksa menyambut beg yang sudah hampir jatuh.  Beg Danish yang aku beri tergesa-gesa tu nyaris jatuh sebab dia belum bersedia hendak ambil.  Barangkali tengah syok hendak bermain bahasa dengan aku.  Nasib baik Danish tengah layan game dalam kereta kalau tak tentu dia dah tarik tangan bapanya untuk masuk dalam kereta.  Budak manalah suka menunggu lama-lama.
            
          Aku buat-buat tidak dengar.  Kupekakkan seketika telinga ini.  Kaki terus kuhayun berlalu darinya.  Aku bosan hendak melayan lagi.  Kalau tak ingatkan dia bapak Danish mahu saja aku ketuk dengan selipar aku.  Tak pasal-pasal lekat cop SIRIM bahu dia tu.
          
           Hairan bin ajaib pulak aku dengan si Luqman ni.  Sejak dua menjak ni dia kerap tegur aku.  Macam ingin berborak-borak dengan aku.  Sebelum ni tak pula dia bersikap begitu.  Sekadar ambil dan hantar Danish.  Kalau dia bersuara pun sekadar ucap terima kasih.  Adakala langsung tak bercakap apatah lagi hendak senyum.
             
         Masa tu aku fahamlah dia orang kaya aku ni siapa sekadar pekerja taska.  Dia naik BMW aku kayuh basikal saja kat kampung.  Lagipun dia kan orang bisnes mestilah sibuk manalah ada masa nak bertegur sapa dengan golongan marhaen macam aku ni.
           
           Tetapi sekarang bila dia dah tak jadi bisu aku pulak yang tak senang.  Aku rasa macam ada something.  Kalau dia tu bujang seratus peratus aku tak hairan.  Ini bapak orang.
           
          Aku ni buat silap tang mana sampai dia jadi tidak malu untuk bergurau dengan aku.  Hendak kata aku ni pernah kenyit mata kat dia impossible lah.  Memang aku tak buat kerja macam tu.  Hendak kata aku senyum lebih-lebih pun aku rasa sengihan aku masih di tahap normal.
             
          Tolong! Siapa boleh jawab ni…..????










8 comments:

  1. dalam hati sudah ada taman ye luqman hakimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sudah ada taman Rina dan ianya bakal berputik...

      Delete
  2. meh akk jwb luqman suka pada qistina hahahaha

    ReplyDelete
  3. haha.. saper ckp soklan peksa spm dolu2 senang.. sama jer susahnya wehhh... hhehhe.. serius kelakar uji... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekiranya mampu mencuit hati anda :-)

      Delete
  4. Ok part cinta dh start nk masok..abam luq tunggu ceq naa

    ReplyDelete