Nov 3, 2013

Ungkapan KATA lahir dari hati





→Dalam menghayun langkah mana mungkin tidak pernah tersepak batu. Dalam meniti perjalanan mana mungkin tiada badai menanti. Dalam meneruskan perjuangan bukan semua akan memahami namun jangan mudah melatah. Hanya kita yang mampu garap kehendak diri sendiri. Hanya kita yang tahu apa yang diri kita mahukan dan perlukan dalam meniti hidup ini.

☆ Jangan biarkan ketewasan semalam menghapus azam hari ini. Bangunlah, bertatihlah dan akhirnya bisa berlari laju menuju puncak impian.

♣ Percayalah dalam setiap apa yang kita lalui meski kita rasa payah, meski luka dan berderaian air mata, Allah akan selalu bersama kita. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambanya dan dia menguji selari dengan kemampuan kita untuk menggalasnya.

→ Biar lelah kaki berlari, biar lenguh tangan yang bergerak, biar kelu lidah untuk terus berbicara namun semangat jangan lentur. Kuatkan tekad demi cita-cita yang belum terjamah.

★ Jadilah sahabat yang sentiasa bersedia menyandarkan bahu di saat sang teman memerlukan pautan. Jadilah sahabat yang setia mendengar keluhan kawannya di kala derita menyapa. Jadilah sahabat yang boleh memimpin tangan temannya yang mahu rebah. Jangan ditinggalkan walau dia telah kalah kerana itulah sebenarnya sahabat sejati.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Ros singgah sini dan follow..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.Slmt pg juga. thanks ros sudi singgah n komen.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih sudi ziarah wanariahamiza.

      Delete